Hantar Gelombang Petugas Mahir, Bantu Menangkan Calon PN


KUALA NERUS - PAS Terengganu telah menghantar lima gelombang tenaga mahir membantu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu  (KKB) yang sedang berlangsung.


Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator  Dato' Ustaz Husain Awang berkata, petugas pakar berpengalaman dihantar itu bagi memenangkan kemenangan calon PN, Khairul Azhari Saut.


"Kita merasakan bahawa jentera kita akan dapat menjalankan tugas sebaik mungkin, insya-Allah PN menang pada 11 Mei in ," ujarnya. 


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Terengganu, di sini, hari ini. 


Beliau yakin PN mampu merampas kerusi KKB, melihat kepada faktor demografi pengunsi serta situasi kempen intensif semasa.



"Saya tidak boleh menjangka dengan tepat tetapi melihat keadaan terkini, ada perubahan pengundi terutama apabila MCA sendiri telah memberi gambaran sikap dan pendirian mereka berhadapan dengan DAP. 


"Sudah tentu memberikan sedikit kesan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu," tegasnya. 


Katanya, jaminan untuk menang pada PRK itu juga apabila melihat kerajaan hari ini tidak meletakkan keadaaan rakyat menjadi bertambah baik. 


"Selama ini rakyat meletakkan harapan yang begitu tinggi yang telah dipilih dalam PRU Ke-15 yang lalu. 


"Tetapi semuanya gagal serta merasa kecewa dengan janji-janji yang tidak dapat ditunaikan dan sering mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan bertanggungjawab," ujarnya.

Ulasan