Kebebasan Media Malaysia Membimbangkan


 Laporan yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) berkenaan kebebasan media di Malaysia sangat membimbangkan apabila Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 memaparkan Malaysia berada di kedudukan ke-107, turun berbanding tangga ke-73 tahun lepas.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man berkata, ia mungkin terkait dengan kenyataan berbaur ugutan Menteri Komunikasi yang mengesahkan Jabatan Penerangan diberi kuasa untuk membatalkan kad akreditasi media ketika melancarkan kod etika kewartawanan awal tahun ini.

“Penegasan YB Fahmi Fadzil sebelum ini bahawa kebebasan media menjadi antara komitmen Kerajaan Perpaduan PH-BN pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan dengan baik.

“Namun Kenyataan-kenyataan seperti ini hanya menambah senarai panjang retorik kerajaan yang tiada kesudahan.  Ia adalah berlawanan dengan perjuangan mereka sebelum memerintah.” jelas belia dalam satu kenyataan semalam.

Tegasnya, penurunan indeks kebebasan media ini menjadi bukti kepada tindakan kerajaan yang proaktif dalam menyekat hantaran atau perkongsian yang mengkritik  kerajaan.

“Pemimpin dan pempengaruh daripada pembangkang diberi tekanan, akaun media sosial disekat dan diturunkan kandungan media.” tambahnya.

Justeru beliau menyarankan agar kerajaan memberikan ruang kepada rakyat untuk turut berperanan sebagai semak dan imbang demi membina Malaysia yang lebih maju.

“Bertindaklah segera dalam memutuskan senarai retorik mereka sebelum Malaysia terus diketawakan dunia.” kata beliau lagi.

Ulasan