Rapatkan 'Saf', Tetapkan Bekerja

 


Oleh: Azizah Mahmood 

KUALA TERENGGANU - Muslimat PAS diseru supaya bersama-sama untuk merapatkan saf dan tetap bekerja walaupun berada di dalam era kemenangan. 

Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, YB Zuraida Md Noor berkata, kemenangan yang diraih pada PRU lalu datang dengan banyak cabaran dan dugaan. 

" Walau pun kita sudah memenangi 40 kerusi, kerana kemenangan anugerah Allah ini perlu di pertahankan sampai bila-bila," tegasnya.

Beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS negeri berkata demikian pada Mesyuarat Agung Muslimat PAS Kuala Terenganu kali ke-42.


Mesyuarat tersebut berlangsung  di Dewan Dato' Wan Mutalib Embong, Markas Tarbiah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai di sini pada Jumaat 3 Mei. 

 Seramai 400 orang muslimat yang hadir sebagai perwakilan dan pemerhati berbaju tema hijau putih memenuhi dewan sejak  8. 00 pagi lagi.

Sementara itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tersebut, Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan itu, Datuk Ahmad Amzad Hashim  memuji kesungguhan Muslimat yang hadir memenuhi dewan. 


" Melihat penuhnya dewan ini, kita tahu hebatnya muslimat Kuala Terengganu dengan wajah wajah orang lama dan baru. 

" Inilah kekuatan kita bila mana muslimat muda dan amilin bersatu mempertahankan PAS Kuala Terengganu dan 32 (DUN) , kita berada di dalam saf yang satu." ujarnya. 

Manakala wakil Dewan Muslimat PAS Terengganu, Khairiah Mokti  melahirkan rasa bangga dan syukur melihat dewan yang  dipenuhi dengan warna hijau dan putih. 

" Warna ini adalah lambang kekuatan muslimat PAS yang tidak pernah jemu berjuang untuk pertahan kemenangan, 

"apatah lagi Ketuanya adalah YB (wakil rakyat) wanita pertama di Negeri Terengganu dan kita mahu lebih lagi suara wanita di dewan (Dewan Undangan Negeri Terengganu)," luahnya yang juga Ketua Muslimat PAS Dungun.

Ulasan