Dua Tahun Berturut Terengganu Menang Tokoh Guru PASTI

 


Oleh : Rohayati Ripin 


KUALA TERENGGANU - Prestasi gemilang kembali diraih oleh negeri Terengganu untuk kali kedua dalam bidang pendidikan yang mana kali ini Siti Aisah Mamat dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI peringkat Malaysia.


Pengarah PASTI Negeri Terengganu, Cikgu Syamri Razak berkata, dua tahun berturut -turut Negeri ini menang dalam anugerah tokoh dunia pendidikan. 


"Cikgu Aisah telah mencapai kejayaan yang luar biasa dengan dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Malaysia.

 

"Beliau adalah inspirasi bagi para pendidik dan pelajar.


"Dedikasi dan semangatnya dalam menyebarkan ilmu Al-Quran akan terus memperkukuhkan pendidikan pra persekolahan terutama PASTI," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.



Katanya, prestasi gemilang Siti Aisah Mamat ini tidak hanya menjadi kebanggaan bagi dirinya sendiri, tetapi juga bagi negeri Terengganu serta Malaysia secara keseluruhan.


"Dengan kecemerlangan dan keberteraan dalam pengajaran serta pembelajaran, adalah sumber inspirasi bagi guru-guru lain.


"Beliau membuktikan bahawa dedikasi dan semangat yang tinggi dapat membawa perubahan positif dalam dunia pendidikan," ujarnya.


Oleh itu, beliau berharap anugerah ini dapat terus memberikan dorongan dan motivasi kepada rakan sejawat untuk mencapai kecemerlangan yang sama.

Ulasan