Pemuda Terengganu Gesa Polis Siasat Teresa

 


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Terengganu  amat kesal dengan kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan menggesa pihak polis mengambil tindakan segera, berhubung isu pensijilan halal yang didakwanya, akan membebankan peniaga di Malaysia.


Ketuanya Ustaz Mohd Harun Esa berkata, pemimpin kerajaan Madani itu menghina cadangan pihak JAKIM untuk mewajibkan persijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan di negara ini.


"ia adalah satu tindakan yang biadap, umat Islam dituntut agar mendapatkan sumber makanan yang halal, 


"namun terdapat suara sumbang daripada pemimpin parti komponen kerajaan hari ini yang berusaha untuk menafikan tuntutan ugama umat Islam yang menjadi majoriti," jelasnya.


Ustaz Harun berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.


Menurutnya, alasan Teresa mengatakan persijilan halal akan membebankan pengusaha dan memalukan negara sangat dangkal bagi seorang bekas Menteri Persekutuan.


"sedangkan kerajaan hari ini boleh memberikan subsidi bagi persijilan halal kepada pengusaha yang tidak berkemampuan serta mempromosikan kelebihan persijilan halal ke seluruh dunia." tambah Harun.


"Jika hatinya benar tulus dengan umat Islam di Malaysia, mana mungkin hal berkaitan umat Islam ini diremehkan sebegitu rupa." kata beliau lagi.


Justeru itu, DPPNT menuntut agar pihak polis dapat mengambil tindakan segera terhadap pemimpin kana DAP itu.


"ini kerana jelas telah menyentuh berkenaan isu 3R yang sering dikaitkan dengan pembangkang." tegas Ustaz Harun.


Ulasan