Kerajaan Tidak Berjaya Mengurangkan Beban Rakyat Akibat Kenaikan Harga Barang


Kuala Terengganu - Kesusahan rakyat akibat krisis ekonomi dan kenaikan harga barang tidak dapat diselesaikan dengan sekadar melaksanakan kempen harga murah dipasar-pasar raya besar (hyper market).


Walaupun kerajaan melancarkan beberapa kempen sebagaimana jawapan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, namun ianya tidak berupaya mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.


”Kebanyakkan orang susah (miskin) tidak pergi ke pasar raya besar, mereka pergi ke pasar tempatan, kerana tidak ada kenderaan untuk kesana,”kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Dr. Alias A. Razak ketika mengemukakan soalan tambahan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, semalam.

” Harga barang dipasar-pasar Bukit Tunggal dan Batu Enam tetap ’mahal’ macam biasa, dikatakan ada usaha-usaha penguatkuasaan, nampaknya harga tidak turun walaupun harga minyak turun,

”masalah ’Bumi Hijau’ orang miskin tanah pun tak ada, bahagian tanah (yang diberi oleh kerajaan PAS) dulu pun telah dirampas balik, jadi nak tanam di mana? tapak rumah pun tumpang tanah orang,”ujar beliau lagi.

Oleh yang demikian, beliau berkata masalah orang miskin dan kesusahan hidup rakyat ini tidak boleh diselesaikan dengan kempen yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Justeru katanya kerajaan perlu fokus dan melihat dimanakah rakyat dan golongan miskin membeli barangan seharian mereka, khususnya penduduk diluar bandar.

Sebelum itu, Ahmad Said ketika menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, telah menyatakan kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah mengatasi masalah krisis ekonomi dan kenaikan harga barang yang melanda.

Ahmad berkata kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha Kempen bumi hijau, Kempen menurunkan harga barang , Bantuan kepada nelayan dan Menurunkan harga minyak bagi mengurangkan beban kerajaan.


PRK P36: AMK Gempur Macam Di Permatang Pauh

ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) akan mengadakan gerak gempur menyeluruh di Kuala Terengganu sebagaimana dilakukan ketika menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dahulu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Ketua AMK,Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pilihanrata kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut Shamsul antara yang akan di bincangkan nanti ialah penubuhan bilik gerakan, pengagihan dan aturcara ceramah, membantu semakan daftar pengundi dan pelbagi lagi tugas yang membabitkan kempen pilihanraya.

” kita akan pastikan gelombang kemenangan Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu turut melanda di P36 Kuala Terengganu ini”

“AMK akan menggabungkan seluruh AMK negeri-negeri untuk sama-sama turun berkampong di Kuala Terengganu untuk membantu dan bekerjasama erat dengan Dewan Pemuda Pas Terengganu bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat”

” Kemenangan ini amat bermakna kepada Pakatan Rakyat justeru gerak gempur pemuda harus berjalan dengan baik dan berkesan di semua pelusuk di kawan Parlimen Kuala Terengganu” Jelas Shamsul ketika di hubungi Suara Keadilan.

Menurut Shamsul, jentera pemuda Pakatan Rakyat juga akan memastikan tidak terdapat kemasukan pengundi hantu pada sebelum atau pada hari membuang undi pada 17 Januari nanti. - Suara Keadilan





Ulasan