Rampas Tanah; Mahkamah Putus Kerajaan Bayar Pampasan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/IMG_0240.jpgKUALA TERENGGANU – Mahkamah rayuan memutuskan kerajaan negeri diarahkan membayar pampas an ke atas kes-kes tanah pemberian kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, setelah ia dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abddul Rashid, pada zaman pemerintahan kerajaan PAS, kerajaan telah memberi ribuan lot-lot tanah pertanian dan tanah tapak rumah kepada rakyat negeri Terengganu.


Katanya, tanah-tanah tersebut diberi syarat Tanah Menduduki Sementara (LMS – TOL) bagi memasstikan ianya diusahakan dan dibangunkan dalam masa tiga tahun sebeelum diberi milik kekal.

Malangnya, kata beliau, apabila kerajaan PAS jatuh pada tahun 2004, tanah-tanah tersebut telah dirampas oleh Umno dan BN.

“Kita (PAS) beri LMS, Lesen Menduduki Sementara (TOL), syaratkan kalau (tanah) pertanian suruh maju tanah itu dahulu, kalau tanah kediaman kita syaratkan suruh buat (rumah) dahulu, bila kita tengok betul dah buat (usaha dan dirikan rumah) kita luluskan (hak milik),

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/IMG_0246.jpgtiba-tiba….. bila jatuh kerajaan (PAS tahun 2004) dia (Umno-BN) rampas balik tanah!,”ujarnya.

Menurutnya, PAS Terengganu telah mengambil inisiatif menyaman kerajaan negeri Terengganu bagi pihak tuan-tuan tanah yang telah dizalimi itu, sejak tahun 2005.

Ekoran tindakan tersebut, katanya, keputusan terbaru mahkamah mengarahkan kerajaan negeri Terengganu mesti bayar balik ganti rugi kepada tuan-tuan tanah yang telah dirampas tanahnya.

“Saya mendapat mesej terbaru dari peguam kita (Lujnah Guaman PAS Terengganu) maklumat terbaru…..keputusan mahkamah (telah) beri kemenangan kepada kita,

“(mengarahkan) kerajaan mesti bayar balik ganti rugi kepada orang yang telah kita beri tanah yang kerajaan (Umno-BN) rampas,”jelasnya.

Haji Muhyiddin yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Kuala Berang  berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra sempena Eidul Fitri, di Bandar Kuala Berang pada Selasa 21 Ogos [Gambar atas dan kanan][Lihat Video Ucapan haji Muhyiddin di Buletinonline Channel ]

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Lujnah Guaman PAS Terengganu Fathi Aziz Abu Bakar mengesahkan keputusan mahkamah tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/Fathi.jpgBeliau yang ditemui, semalam 23 Ogos berkata, keputusan tersebut telah dibuat oleh mahkamah rayuan setelah kerajaan negeri Terengganu menarik balik tuntutan menolak keputusan mahkamah sebelumnya ke atas kes-kes terbabit.

“Pada minggu lepas, dia (kerajaan negeri) tarik balik (tuntutan) jadi kena bayar balik pampas an (ke atas tanah-tanah itu) tapi tertakluk kepada (berapa banyak) taksiran (yang dibuat),”katanya.

Fathi Aziz [gambar kiri] yang juga Pengerusi  Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Terengganu berpendapat, keputusan tersebut tertakluk kepada seua kes-kes tanah Ramcangan Tanah Berkelompok (RTB) yang telah dirampas oleh kerajaan Umno-BN.

Justeru, beliau menyarankan tuan-tuan tanah yang terlibat dengan rampasan tanah itu  mengemukan taksiran atas kerugian untuk dibuat tuntutan.

Menurutnya, ia termasuk ganti rugi atas tanaman yang telah ditanam atau bangunan yang telah didirikan, diatas tanah tersebut ketika tanah yang diberi kerajaan PAS itu, dirampas oleh pihak kerajaan Umno-BN.

Ulasan