Tanaman Padi Kampung Jelapang - petani terus dizalimi…..

Sejarah Awal

Kg Jelapang  di terokai oleh penduduk awal sekitar tahun 1959 untuk keperluan tempat tinggal. Sejarah telah melihat dengan kegigihan yang amat tinggi, mereka meneroka hutan demi sebuah penghidupan dan kesinambungan jenerasi akan datang.

Pembukaan Tanah Sawah

Kawasan paya gambut yang terdapat di sekililing perkampungan telah dibuka berdasarkan keupayaan masing-masing dengan galakan dari pimpinan tempatan. Pembersihan kawasan yang bertanah gambut dari Siri Sebrang dan Siri Gondang ini hanya menggunakan tangan tanpa penggunaan jentera, keringat yang mengalir adalah nilai yang sangat besar berbanding wang ringgit.


Komitmen Kerajaan Terhadap Tanah sawah


Dalam tempoh tahun 1980 – 1999, kerajaan telah merestui pembukaan tanah seluas 200 hektar (500 ekar). Tahun 1999-2004 iaitu ketika Kerajaan PAS memerintah, kerajaan telah mengeluarkan Lesen Tumpangan kepada 100 peserta dengan keluasan berjumlah 80 hektar (200 ekar). Lihat jadual dibawah.

Pada tahun 2005 Kerajaan BN telah melakukan kezaliman dengan tidak menyambung lesen tersebut. Akhir nya tanah tersebut telah menjadi Tanah Padi Terbiar.

Pada 2009 Kerajaan telah mewartakan Tanah Padi Jelapang sebagai Jelapang Padi Nasional dan mengumunkan untuk memajukan 400 hektar (1000 ekar). Keluasan tersebut meliputi 80 hektar (200 ekar) yang ada milikan (PT) dan 120 hektar (300 ekar) milikan tanpa diberikan apa-apa bukti pemilikan. Manakala 200 hektar (500 ekar) adalah tanah dari kawasan paya/hutan paya yang belum diterokai. Banyak kemudahan infrastruktur dibina dengan peruntukan lebih kurang RM 46 juta bagi menjayakan projek ini.

Kesesuaian Tanah

Secara keseluruhannya kawasan sawah Kg Jelapang adalah dari Tanah Gambut Siri Gondang dan Siri Sebrang. Daripada 1,711 kawasan sawah dan kawasan sekelilingnya yang di cadangkan untuk Projek Tanaman Padi Kawasan Mak Jintan seluas lebihkurang 75% adalah tanah gambut. Kawasan yang dicadang termasuk kawasan tanah sawah asal, kawasan terbiar berumput/lalang, kawasan paya gelam/berumput, kawasan takungan air, kawasan tanah berbukit rendah dan hutan paya. Lihat taburan siri tanah di bawah dan Peta Tanah Terrain di lampiran 1.



Pelaksanaan Projek


Tanaman padi di usahakan melalui konsep MOA incoprated dimana agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan tanah dan memajukan tanaman padi adalah Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, MARDI, Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah Setiu.

Jabatan Pertanian Negeri berfungsi sebagai memberikan Khidmat Nasihat, Pertubuhan Peladang membekalkan Input dan tenggala/menuai dan Jabatan Pengairan dan Saliran menyediakan pengairan dan saliran. Manakala Pejabat Tanah Setiu mengurus berkaitan pemilikan tanah.

Tanaman padi dimulakan pada tahun 2009 selepas perasmian dibuat olah YAB Perdana Menteri Malaysia hingga sekarang. Keluasan yang diusahakan adalah lebih kurang 80 hektar iaitu ditanah asal milikan petani. Senarai nama milikan dan keluasan adalah seperti di bawah.





Pengeluaran Hasil Padi

Jumlah pengeluaran hasil padi berbeza  mengikut tahun penanaman kerana dipengaruhi oleh tahap pengurusan dan cuaca. Sebagai perbandingan pengeluaran hasil dan pendapatan tahun 2009 – 2011 adalah sebagaimana di bawah.   



Masalah Utama Penanaman Padi Di Kg Jelapang

Beberapa masalah utama timbul berkait dengan penanaman padi telah di kenalpasti. Antara masalah utama adalah :-
1.Pengeluaran hasil padi yang rendah. Sebab utama adalah kerana ketidakcekapan pengurusan air kerana sistem pengairan dan saliran yang belum sempurna. Pihak atasan terlalu ghairah untuk memulakan tanaman padi dalam keadaan pengairan/saliran yang tidak sempurna. Oleh itu masalah air bertakung menjadi punca kepada trektar pembajak dan mesin penuai padi. Menyebabkan tanaman padi tidak dapat diuruskan sebagaimana jadual pelaksanaan yang sebenarnya. Keadaan tanah yang tidak rata, penggunaan benih padi yang rendah mutunya dan kemasaman tanah (pH kurang dari 5) adalah masalah utama yang perlu diatasi.

2.Potongan hasil padi yang tinggi iaitu 20% pada tahun 2009 dan meningkat 60% pada tahun 2011. Perkara ini tidak patut berlaku. Lihat salinan resit belian padi di lampiran 2.

3.Ketiadaan Subsidi Skim Harga Padi. Adalah tidak adil petani tidak diberikan subsidi tersebut , kerana Skim Pengairan Padi Jelapang telah diberikan publisiti yang cukup meluas sebagai salah satu Jelapang Padi Utama Negara.

Kerajaan negeri adalah didesak memberikan geran kepada petani atau membuat pengiktirafan melalui Menteri Pertanian supaya dapat menikmati Subsidi harga padi. Amat malang petani ini tidak diberikan hak mereka, sedangkan petani di jelapang padi yang lain menikmatinya. Pemberian subsidi padi adalah pemberian kerajaan bagi menampung pelbagai kos yang berkaitan, tanpanya industri padi mengalami kerugian dan tidak menguntungkan.

Anggaran hasil subsidi yang akan dapat diperolehi oleh petani adalah sebagaimana di bawah :

 

Potongan padi yang terlalu tinggi, dimana pada tahun 2009 adalah sebanyak 20% dan pada tahun2011 adalah 41%. Ini amat mendukacitakan petani. Lihat pada resit belian yang dlampikan.

4.Pengambilan secara paksa untuk dimajukan kepada oleh pihak lain (usahawan)
Pemilik tanah telah dipaksa menyerahkan tanah untuk dimajukan oleh pihak lain sebagai minisetet padi.  Pelbagai andaian tersebar dan menimbulkan kesusahan dan kebimbingan kepada petani. Sebagai contoh hasil pengeluaran tahun 2011 adalah tersangat rendah kerana petani perlu membayar kepada PPK upah membajak, menuai padi, lori dan pelbagainya akhirnya bayaran bersih yang diterima adalah RM 60.00 bagi tanah keluasan seekar.

Sepatutnya kerajaan perlu menyiapkan segala infrastruktur, menyediakan tanah sawah yang rata, sistem pengairan dan saliran yang cekap. Dalam keadaan tanah yang kurang sesuai, penanaman padi adalah tidak menguntungkan dan tidak mencapai 8-10mt/ha.

Penjelasan yang sebenarnya perlu diberikan kepada semua petani. Adalah tidak adil dan menzalimi pemilik tanah mengapa tanah milikan perlu diserahkan pada usahawan yang lain. Ini bertentangan dengan janji-janji  wakil rakyat dan pembesar negeri yang lain.

Adalah dicadangkan usahawan boleh memajukan tanah yang masih belum diusahakan seluas 200 hektar sebagaimana di buat kenyataan sebelum ini.

Para petani sangat mengharapkan supaya PAS dapat memainkan peranan mendesak kerajaan mengembalikan hak tanah rakyat, hak subsidi dan lain-lain supaya para petani dapat meneruskan mengerjakan sawah mereka. Pengajaran dari lain-lain skim pembangunan tanah seperti FELDA dan FELCRA yang telah menyerahkan hak mereka untuk diuruskan oleh pihak pengurusan lain dan berlaku penipuan diharapkan tidak berlaku di Skim Padi Pengairan Jelapang.

*** Penulis laporan ini adalah Abdul Raof Mohamed, (Gambar atas bersama Hj Muhyiddin) Penduduk Kampung Jelapang,Setiu. Beliau juga adalah Setiausaha Majlis Tindakan DUN Langkap

Ulasan