Bajet Terengganu 2021; Hasrat Orang Muda


Alhamdulillah,Terima Kasih diucapkan kepada kerajaan Negeri Terengganu diatas keperihatinan kepada golongan belia dengan menyediakan beberapa peruntukan khas bagi membantu golongan muda.

Selaku Pengerusi Kluster Ekonomi Adun Belia Negeri Terengganu menyokong penuh bajet belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Megeri Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Melihat kepada kebimbangan anak muda kepada status pekerjaan yang ada pada masa kini lebih-lebih lagi dalam mendepani ancaman Covid-19 dan juga cabaran ekonomi sekarang adalah satu langkah yang baik apabila kerajaan menyediakan jumlah peruntukan bagi latihan kemahiran dan peluang pekerjaan. 

Antara inisiatif bagi peruntukan Bajet Belanjawan 2021 yang dibentangkan adalah : 

1. Terengganu Young Executive Program (TYEP)

- Program latihan perantisan sebagai laluan kerjaya sebelum masuk kedalam pasaran kerja

2. T-JOB

- Program menyediakan latihan industry dan peluang pekerjaan kepada anak Terengganu dalam bidang kemahiran, termasuk golongan OKU bagi mendapatkan sokongan dan kerjaya

3. Kursus Keusahawanan Terengganu

- Dibawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)

4. Terengganu Training Program (TTP)

- Memperkasakan TESDEC dan TATIUC untuk menjadikan Terengganu sebagai hub bagi pekerja mahir dan professional dalam bidang-bidang strategik. 

5. Program Jati Diri Generasi Sejahtera 

- Program diuruskan oleh UBSNT

6. Terengganu Skill Enhancement Program for School Leavers (TSEP-S) 

- Melatih kemahiran golongan lepasan sekolah menerusi penempatan pekerjaan atau Place & Train

7. Program Transformasi Pekerja Itqan

- Melatih mentaliti dan jati diri anak Terengganu yang bekerja di perantauan  bersungguh-sungguh. Tidak mudah terpengaruh. Melibatkan ikon anak Terengganu di perantauan yang berjaya dalam bidang masing-masing

8. Karnival Pekerjaan 2021

- Satu usaha yang baik dari kerajaan negeri Terengganu untuk padanan kerja atau memudahkan golongan belia untuk mencari kerja melalui karnival ni.

Bajet yang bertemakan “Melestarikan Kesejahteraan Bersama” ini diharap dapat memenuhi dan memastikan kepentingan rakyat terus terjaga dan terbela, serta dapat memacukan ekonomi Negeri Terengganu ke arah yang lebih baik dan sejahtera.

Mohammad Farhan Bin Shalahhudin
24 November 2020

Ulasan