Langsung dari Perak Darul Ridzuan - Selasa Yang Hitam !






Langsung Dari Bangunan Perak Darul Ridzuan

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak telah mengadakan kempen dengan memakai pakaian hitam pada hari ini, Selasa 10 Februari 2009, sebagai satu simbolik sokongan mereka yang berterusan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaludin.

Mereka berbuat demikian sebagai simbolik menandakan 'demokrasi yang telah mati'

Pelbagai media pada waktu ini sedang memerhatikan perkembangan secara dekat, apa yang akan berlaku di hadapan pintu pagar pusat pentadbiran kerajaan negeri perak bangunan Perak Darul Ridzuan.

Nizar pada Sabtu lalu mengatakan beliau akan tetap pergi ke pejabat bersama Exco kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini.

Semalam, Pemuda UMNO Perak mengugut, sekiranya Nizar dapat melepasi pintu pagar pejabat SUK dan lolos untuk masuk kerja, mereka akan mengambil tindakan perlu untuk menghalau Nizar dari bangunan tersebut.

"Polis telah memberi jaminan akan menghalang mereka daripada memasuki bangunan kerajaan negeri dan sebab itu Pemuda UMNO Perak cuma akan memerhatikan sahaja.

"Bagaimanapun, jika Mohammad Nizar dan Exconya membawa penyokong untuk menggunakan kekerasan sehingga gagal dihalang oleh polis, Pemuda UMNO akan bertindak," kata Ketuanya Zainol Padzi Paharuddin

Pagi ini, sebuah lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan lebih sedozen anggotanya telah berada di hadapan bangun Perak Darul Ridzuan.

Mereka dikatakan telah berkampung disana sejak semalam.

Menurut sumber media dari Ipoh, kedua-dua Menteri Besar yang sah dan yang 'haram' akan sampai pada jam 10 pagi ini.

Klik Untuk Laporan Langsung Oleh Anilnetto

Ulasan