AYam, kawan baik MB Bina Pulau Burung RM6 juta


Tasek Kenyir, HULU TERENGGANU – “Dia mula-mula (harga) RM5.5 juta, lepas tu dia tambah…apa tu….. solar ha…..solar, dia (Pualau Burung) guna tenaga solar-lah,”kata Pak Deris seorang pengusaha bot dan pemandu pelancung, ketika ditemui Buletinonline baru-baru ini .

Menurutnya, ‘tauke’ (kontraktor) yang membina Pulau Burung adalah seorang Tionghua yang berasal dari Kijal, Kemaman, dipanggil dengan nama ‘glamour’ sebagai ‘AYam’ sahaja.

Ketika dihubungi, seorang Usahawan di daerah Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim mengesahkan ‘AYam’ atau nama sebenarnya Ang Chin Yang adalah pemilik syarikat Telok Kalong Construction Sdn Bhd.

Kata Haji Zulkifli, antara lainnya, syarikat tersebut mengusahakan perusahaan ‘bata ukir’ dan memang dikenali mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

”Ada tiga orang peniaga Cina yang diketahui ramai mempunyai hubungan baik dengan MB, AYam, AGu dan Tikus,”kata Haji Zulkifli.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, program pembangunan baru bernilai RM289 juta yang akan dilaksanakan di Tasek Kenyir adalah serupa dengan pembangunan Pulau Wan Man.

Katanya zaman kerajaan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh, kerajaan negeri membazirkan wang rakyat sebanyak RM249.7 juta untuk membangunkan Taman Tamadun Islam.

”Zaman Dato’ Idris pembangunan Pulau Wan Man RM249.7 juta, zaman Dato’ Ahmad Said, pembangunan Tasek Kenyir RM289 juta, sama saja,

”dua-duanya projek yang tidak memberi manfaat yang banyak kepada rakyat,”ujarnya

Menurutnya, kesemua projek yang disenaraikan dalam jawapan bertulis Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Disember lalu, belum dilaksanakan.

Bahkan, beliau berkata, ada yang masih dalam peringkat ‘soil test’ (ujian tanah) dan belum diketahui samada sesuai atau tidak.

Namun begitu, katanya, peruntukan daripada bajet negeri telah dibuat pada tahun 2009.

”Semuanya (projek) belum dilaksanakan, sebagai contoh, Pulau Anggur, masih peringkat ‘soil test’ yang dilaksanakan oleh ‘consultant’ dari Thailand,

”kecuali Pulau Burung, yang sedang dalam pembinaan, tapi peruntukan telah diluluskan pada tahun lalu,”jelasnya yang mengadakan tinjauan ke Tasek Kenyir baru-baru ini.

Menurut catatan pada buku Jawapan Kepada Soalan Bertulis, Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke 12 pada 21 hingga 23 Disember lalu, sebelas projek disenaraikan bagi pembangunan baru Tasek Kenyir sebagaimana lampiran dibawah;

Ulasan