Menjaga keturunan lebih utama dan penting daripada menjaga emosi

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Teerngganu diberi ingatan supaya mengutamakan hukum Allah daripada soal menjaga emosi anak dalam cadangan membolehkan nama anak tidak sah taraf 'dibinkan atau dibintikan' kepada bapanya.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah menegaskan tidak boleh 'dibinkan atau bintikan' samasekali anak tidak saf taraf atau anak zina kepada nama bapanya yang melakukakan zina.

Katanya, ia tidak sah dari segi hukum syarak.

"Tidak boleh, sebab dia bukan bapa (kepada anak itu), (ianya) tidak sah dari segi syarak kalau (dibuktikan) sah anak yang dilahirkan itu adalah anak tak sah tarAf atau anak zina,"tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam mengulas cadangan kerajaan Terengganu supaya anak tidak sah taraf mempunyai bin atau binti dengan nama bapa.

Menurutnya, akta keterangan seksyen 112, yang dikuatkuasakan kepada bukan Islam dinegara ini tidak boleh digunakan kerana ia berdasarkan undang-undang Inggeris yang tidak relevan dengan umat Islam.

Katanya, akta tersebut memperuntukkan anak yang lahir dalam masa enam bulan dalam tempoh perkahwinan, boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapanya

"Tarikh kelahiran itu dalam masa perkahwinan, tak kiralah bila anak itu dilahirkan tapi asalkan dia lahir dalam masa perkahwinan, anak itu sah taraf mengikut akta keterangan 112, biar dalam tempoh 3 bulan pun,

"itulah akta yang digunapakai dalam sistem perundangan Inggeris, tapi dalam Islam tidak boleh,"jelasnya.

Dalam Islam, menurutnya, seseorang anak diterima sebagai sah taraf sekiranya ia lahir setelah kandungan enam bulan dan lahir dalam tempoh enam bulan perkahwinan serta tidak ada sebarang bukti berlakunya perzinaan.

"Kalau tidak ada bukti berlaku perzinaan, dalam masa tempoh perkahwinan enam bulan, itu boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapa, tapi jika sekiranya walaupun perkahwinan enam bulan tetapi ada terbukti bahawa berlaku perzinaan, tidak boleh,"tegasnya.

Menurutnya, pembuktian terhadap perkara itu, boleh diterima melalui umur kandungan anak tersebut atau pun melalui ikrar ibu bapa anak terbabit.

Oleh itu, beliau berkata, tindakan untuk meletakkan 'bin atau binti' anak kepada ibu bapa adalah bergantung kepada status anak sah taraf mengikut hukum syarak.

Sebaliknya, bukan anak yang sah taraf mengikut undang-undang keterangan dan acara seksyen 112.

Beliau menyarankan supaya kerajaan membuat penyelidikan menurut kehendak syarak sebelum mengemukakan apa-apa mekanisme bagi membolehkan nama anak tidak sah taraf, iaitu anak dilahirkan selepas pernikahan ibu bapa berusia enam bulan dan kurang, didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa.

"Cadangan (kerajaan Terengganu) mesti dibuat penyelidikan supaya betul-betul mengikut kehendak syarak, ini perku kepada satu perbincangan secara ilmu dan mesti berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah, dan pandangan dari para ulamak,"sarannya.

Mengulas lanjut, Ustaz Abu Bakar berkata, beliau mendapat maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara, ada desakan daripada pihak terbabit yang melakukan zina tersebut supaya menukar 'bin atau binti' anak kepada bapanya walaupun ia bertentangan dengan syarak.

Dalam perkara yang sama, berdasarkan kenyataan Exco Penerangan dan Ugama negeri Terengganu, Khazan Che Mat yang diterbitkan akhbar New Straits Times 9 September 2011 berkata, cadangan kerajaan Terengganu itu adalah ekoran dari masalah emosi yang dihadapi oleh anak-anak terbabt yang tidak dibinkan atau dibintikan kepada bapa.

Dalam soal itu, Ustaz Abu Bakar berkata meraikan emosi  tidak boleh mangatasi soal hukum Allah SWT.

"soal emosi tentang perkara tersebut, siapa dia yang salah? disini (soal ini) ibu bapa yang berzina tersebut yang bersalah, yang menyebabkan timbul perkara ini,

"jadi meraikan emosi tidak boleh mengatasi soal hukum, hukum Allah ta'ala ini,"katanya.

Beliau memberi amaran, meletakkan bin atau binti anak kepada bapa zina, tidak menepati 'maqasid syariah' iaitu menjaga keturunan dan maruah (hifzun nasab) dan akan menimbukan implikasi yang lebih besar.

"Implikasinya lebih besar, akan melanjutkan lagi perbuatan zina, jika sekiranya anak perempuan itu dibintikan kepada bapa, kemudian bapanya menjadi wali (apabila tiba perkahwinan), maka (sebenarnya) bapa berkenaan tidak sah menjadi wali,

"apabila tidak sah akan berlaku perkahwinan yang tidak sah dan berterusan perzinaan ini berlaku,"jelasnya.

Katanya, emosi kanak-kanak terbabit boleh ditangani dengan cara yang lain.


*** Dengar penjelasan Ustaz Abu Bakar  Buletinonline Radio

Ulasan