
Sambutan hanya diadakan secara sederhana dan ‘ala-kadar’ sahaja yang dibuat memandangkan tidak ada peruntukan yang disediakan oleh pihak Jabatan.
Malahan, di sesetengah sekolah, ramai murid mengambil kesempatan, tidak hadir ke sekolah kerana setiap tahun kebelakangan ini, sambutan hari guru ‘agak hambar’.
Apabila tidak ada pembelajaran dan sambutan hari guru hanyalah majlis mendengar ucapan-ucapan, ada juga guru yang bersetuju dengan anak-anak murid mereka yang tidak mahu hadir ke sekolah pada hari tersebut.
Ia adalah kerana, murid-murid yang nakal akan mengambil kesempatan mempamirkan ‘pelbagai aksi’ yang sukar dikawal, terutamanya kepada sekolah-sekolah ‘sub-urban’(separuh bandar separuh kampung).

Samada sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh PAS, mahu pun sekolah-sekolah kerajaan, bahkan PASTI dan Tadika, para guru dikunjungi oleh petugas-petugas PAS.
Di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura dalam parlimen Dungun, sebanyak 46 biji kek diagihkan ke seluruh premis pendidikan termasuk sekolah kebangsaan dan menengah, pejabat pelajaran daerah, tabika kemas dan kelas tabika perpaduan serta PASTI.
Pengarah MTD, Cikgu Hj Wan Hapandi Nik telah menyerahkan sendiri kek sebagai tanda ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kebangsaan dan menengah serta pejabat pelajaran daerah.
Manakala Setiausaha Pemuda DUN, Saudara Ashadi Sidek menyerahkan kek bagi pihak MTD bagi meraikan guru-guru di sekolah PASTI dan kelas Tabika Perpaduan [Gambar No.2 kiri].

Di Kuala Nerus, ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, pihaknya telah menghadiahkan 9 biji kek kepada seluruh sekolah, termasuk sekolah kebangsaan, menengah dan PASTI [Gambar paling atas - kek yang disumbangkan oleh dr Alias razak]
Menurutnya, ia sebagai tanda kasih PAS kepada para pendidik dan menghargai jasa serta pengorbanan mereka.
DUN Paka dan DUN Rantau Abang turut serta memeriahkan sambutan Hari Guru 2012 dengan menghadiahkan kek-kek ke institusi pendidikan pra-sekolah, rendah dan menengah [Gambar No.2 kanan].
Menurut Pengarah MTD Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat, pihak Muslimat PAS DUN Paka diberi tugasan menghantar kek-kek tersebut.

Di Kuala Terengganu, sempena sambutan hari guru, para guru PASTI telah dijamu dengan majlis makan malam yang diadakan di Restoran Matahari, Padang Hiliran.
Menurut Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali, majlis tersebut dianjurkan bagi mengenang jasa mereka mendidik anak-anak peringkat pra-sekolah itu.
Seramai 83 orang guru PASTI turut di raikan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga PesuruhjayaPAS Terengganu haji Mahd Abdul Wahid Endut dan ADUN Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar [Gambar N0. 4 dan 5].
Turut sama dalam majlis itu ialah Pengarah PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong.
Disebalik kemeriahan sambutan beberapa kawasan di atas, suasaa sebaliknya berlaku di Parlimen Kemaman khususnya DUN Chukai.

Beliau berkata, pihaknya berhajat untuk menghantar hadiah kek ke sekolah-sekolah sebagaimana yang dilakukan di DUN-DUN lain.
Namun hasratnya terbantut kerana beliau dimaklumkan, semua sekolah-sekolah di daerah itu telah diberi amaran agar tidak menerima sebarang hadiah dari pihak PAS.
Hanafiah menyifatkan amaran dari pihak politik tertinggi Umno Terengganu tersebut adalah tidak matang dan ‘kebudak-budakan’ serta merendahkan martabat profesyen keguruan.
“Ia benar-benar menjadikan sambutan Hari Guru tidak lagi satu acara yang meriah,”ujarnya kesal.
Ulasan