Ulamak Berjuang Menghadapi Kesesatan Sistem dan Kezaliman Pemimpin

Hamzah NgahKUALA NERUS – Keadaan negara bertambah berat dengan ada dikalangan pemimpin negara menyatakan bahawa beliau tidak pernah membaca al-Quran dalam bahasa Arab sedangkan al-Quran hanyalah dalam bahasa Arab sahaja.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Hamzah Ngah [Gambar bawah] ada di kalangan pemimpin Melayu Islam yang menghalalkan riba.

“(ada dikalangan) rakyat yang jahil, turut terikut rentak pemimpin mereka sehingga negara menjadi bercelaru.

“(ada) pemimpin yang berani menghina hukum Islam telah menyebabkan ramai orang Islam di negara kita berani murtad dan tanpa segan silu,
“datang ke pejabat pendaftaran Negara untuk menukar nama mereka dan agama mereka dalam kad pengenalan,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Khutbah di mimbar masjid Taqwa batu Enam dekat sini semalam 27 Disember.

Katanya, ulamak bangkit dan berjuang menentang fahaman sekularisme, apabila melihat suasana penghayatan Islam di negara ini hanya setakat mealaksanakan ibadat semata-mata.

Beliau berkata, ulamak yang benar-benar ikhlas berjuang dalam usaha memartabatkan walaupun terpaksa menghadapi pemerintah yang zalim.

Ustaz hamzah yang juga Ahli Jawatankuas PAS Kuala Terengganu menafikan sekeras-kerasnya, tuduhan bahawa ulamak adalah pengganas dan sukakan perpecahan.

Sebaliknya kata beliau, mereka adalah golongan yang cintakan kedmaian, dengan memastikan hak manusia di tunaikan dan dibawa melalui sistem Islam, yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia.

Oleh itu, beliau meyeru siding Jumaat sekelian supaya mengenali dan memahami apakah Islam yang sebenarnya.

“Dengan semua pengorbanan suci mereka lah, maka kita pada hari ini, dapat mengenali apa Islam yang sebenar dan kita tidak patuh dengan naungan agama suku, politik suku yang dibawa oleh sekularisme,

“(mereka) telah memainkan peranan mereka setakat yang (mereka) mampu walaupun dihalang dan disekat dalam pelbagai cara, dalam menghadapi kesesatan sistem dan kezaliman pemimpin,”jelasnya.
Usaha para ulamak meletakkan garisan sempadan antara iman dan kufur dianggap amat berbahaya dengan alasan menggugatkan perpaduan.

Sedangkan pengaruh fahaman dan semangat kebangsaan lah, kata beliau, yang bertentangan dengan Islam yang menjadi punca perpecahan.

Ulasan