20 Februari 2014

Bekas Guru, Pensyarah Sokong Mansuh PBS, Turun Untuk ‘Demo’ Aman

KUALA TERENGGANU – Lebih ramai di kalangan aktivis sektor pendidikan negara tampil memberikan pandangan scara jujur tentang perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).


Seorang pesara guru dan guru pensyarah, Ustaz Md Harun Ibrahim, 65, menolak seratus peratus PBS kerana beliau mendakwa sistem itu membebankan para guru dan ia juga menjadikan para pelajar tidak mengambil berat tentang pelajaran.

“PBS ni………bagi saya…….saya menolak seratus peratus, kerana membebankan semua guru, (dan) yang kedua (ia menjadikan) pelajar-pelajar tidak mengambil berat tentang pelajaran,

“kerana dikatakan tidak ada peperiksaan dan (oleh itu) mereka tidak perlu membaca,”ujarnya.

Beliau yang mempunyai pengalaman mengajar selama 30 tahun berkata, dengan sistem penilaian tersebut, mungkin ada para guru yang memalsukan fakta-fakta kemajuan pelajar.

SPPBS-204x300Md Harun yang pernah mengajar selama tujuh tahun di Sekolah Menengah menegaskan, beban tugas guru sangat berat pada masa ini.
Katanya, para guru tidak dapat memmberikan penumpuan kepada setiap orang pelajar sebagaimana yang dikehendakki oleh PBS.

“kelas pada hari ini lebih kurang sama swaktu saya mengajar (disekolah) tahun-tahun 70-an dan 80-an dulu, dengan bilangan pelajar masih 35 orang sekelas,

“dan dengaran ‘period’ (masa pembelajaran) masih (lagi) ada 25, 26 atau 27 seminggu……..jadi guru-guru tidak dpat member tumpuan kepada seseorang murid, setiap individu (murid),”jelasnya.

Beliau yang pernah menjadi tenaga pengajar di Institut Pendidikan guru (IPG) selama 23 tahun berkata, tugas guru sangat berat sekarang ini, berbanding dengan semasa beliau dalam perkhidmatan.

Oleh itu, kata beliau, ia akan menambah berat beban guru dengan perlaksanaan PBS.
Sehubungan itu, beliau yang kini adalah Timbalan Pengerusi NGO Pasukan Khidmat Sukarelawan Pendidikan (KAWAN) menyokong para guru supaya turun berdemonstrasi secara aman terhadap isu terbabit.

Katanya, ia akan menyedarkan pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Pendidikan bahawa PBS yang mahu dilaksanakan tidak akan mendapat hasil dan mencapai matlamatnya.

“KAWAN sangat bersetuju (guru-guru berdemonstrasi), sebab (dengan) perkara (demonstrasi) ini akan menimbulkan kesedaran pihak kerajaan, terutama sekali Kementerian Pelajaran (Malaysia),

“bahawa PBS ini membebankan guru dan (PBS) tidak (akan) dapat hasilan atau objektifnya tidak akan tercapai,”tegasnya.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Februari lalu, telah mengumumkan penangguhan PBS untuk penambaikan, namun ia tidak menghalang beberapa NGO berkait pendidikan meneruskan demonstrasi.
pc demo 222
Tunjuk perasaan secara aman tetap berjalan sebagaimana dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu ini, 22 Februari.

Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari [Gambar kiri; berbaju putih, tengah] berkata rancangan untuk berdemonstrasi tetap akan diteruskan mengikut jadual, tanpa menghiraukan janji Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, keputusan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh oleh Putrajaya sekadar penyedap hati sahaja.

“Bagi SGMM, kita akan tetap meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 22 Februari, seperti yang sudah dirancang.

“Kita juga mempergiat kempen mendesak kerajaan memansuhkannya, bukan dikaji lagi,” katanya.
Beliau dan rakan-rakan gurunya bukan mahu PBS ditangguhkan, tetapi menuntut sistem penilaian baru kenajuan murid itu dihapuskan sama sekali.

“Perjuangan kami bukan untuk diri sendiri, bahkan untuk masa depan pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan Negara,

“perjuangan kami adalah jelas, iaitu mendesak untuk memansuhkan PBS, demi untuk pelajar dan para guru,”tegas Izat pada siding media 15 Februari lalu.

Beliau menjelaskan Himpunan 222 Mansuhkan PBS akan diadakan di masjid Bandar Baru Bangi, bukan di Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...