DEMI Seru NGO Lahirkan Masyarakat Peduli

yahaya ali
KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu (BPPNT) telah menubuhkan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisi Rakyat (DEMI) bagi menangani kehidupan rakyat semakin tercabar kini, yang menganca masyarakat.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Haji Yahaya Ali ia adalah kerana kejahilan ummah, hiburan melampau, kebajikan rakyat terabai, hak pengguna tidak terbela, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.


“Kita sekarang ini berada dalam masyarakat yang penuh cabaran……..dengan kejahilan ummah terhadap agamanya sendiri, minat golongan muda yang melampau kepada hiburan, isu kebajikan,

“hak-hak pengguna dan keselamatan yang tidak terbela, pengurusan dan pembahagian ekonomi yang tidak adil, penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, rasuah dan lain-lain isu yang mengancam masyarakat,”ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi DEMI berkata demikian ketika berucap pada majlis Dailog Bersama NGO yang diadakan pada Jumaat, 15 Februari.

Kira-kira 100 orang wakil dari 20 badan bukan kerajaan (NGO) daripada pelbagai sektor termasuk agama, ekonomi dan usahawan, kebajikan, sosial, sukan dan rekreasi, hadir dalam dialog tersebut.
dailog NGO2
Katanya ramai anggota masyarakat bersikap ‘acuh tak acuh’ dengan isu-isu disekeliling mereka, kerana hanya memikirkan soal ‘cari makan’.

Oleh itu beliau menyeru NGO terbabit meningkatkan perkhidmatan bagi membimbing orang ramai menjadi sebuah masyarakat yang peduli.

“anggota masyarakat kita kita sangat perlu dibimbing kerana mereka mengambil sikap tidak peduli atau sikap terlalu mudah berhubung dengan soal masa depan mereka……generasi akan datang dengan (dan) isu-isu yang bergolak,

“Mereka hanya fikir soal cukup makan, selebihnya mereka tidak mahu ambil peduli,”jelasnya.
Justeru, kata beliau DEMI dan badan-badan NGO akan bersama menggerakkan masyarakat dengan menyedarkan mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi.

Ia adalah penting, kata beliau, bagi melahirkan masyarakat yang berjiwa besar, yang mampu membawa perubahan pada masa akan datang.

Ulasan