Dua Program ‘Mega’ PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan dua program ‘mega’ peringkat negeri Terengganu pada bulan Mac dan April akan datang.


Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu YB Dr Alias Razak berkata Dewan Muslimat PAS Terengganu akan merayakan sambutan Jubilee Emas sempena 50 tahun penubuhannya pada 28 dan 29 Mac depan.

Manakala peringkat perhubungan negeri menjemput semua pihak bersama-sama mengikuti perkembngan semasa dengan program Ijtimak Kpimpinan PAS Terengganu bagi tahun 2014.

“suka untuk saya menyatakan PAS negeri Terengganu khususnya Dewan Muslimat PAS negeri akan mengadakan sambutan ulangtahun ataupun sambutan Jubilee Emas peringkat negeri pada 28 dan 29 Mac 2014 di Dewan Terbuka Tok Guru di Rusila.

“Program ini akan melibatkan seluruh warga muslimat, ahli-ahli dan penyokong PAS dan rakan-rakana dalam Pakatan Rakyat untuk menyertai (dan) memperingati sejarah penubuhan Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu yang mencapai usia 50 tahun,”ujarnya.
Dr Alias Razak PC
Manakala program Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu, katanya, akan ddiadakan pada 25 dan 26 April di Kemasik, Kemaman.

“Yang keduanya, seperti amalan tahunan sebelum ini, cuma kita tertangguh pada sesi lepas kerana ada (Himpunan) PGU (PAS Ganti Umno)……. Iaitu Ijtimak Kepimpinan Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, yang mengumpulkan seluruh kepimpinan daripada negeri hingga kepada cawangan-cawangan,

“untuk kita bincang isu-isu meningkatkan daya juang PAS negeri Terengganu khususnya yang akan kita adakan pada 25 dan 26 April di Kemasik……. di Surau Feri, Kemasik, Di parlimen Kemaman,”jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus berkata demikian pada sidang media di Pejabat PAS Kuala Nerus, Khamis 20 Februari, sempena lawatan Ahli Jawatankuasa Dewan Harian PAS Terengganu ke kawasan tersebut.

Katanya, tujuan Ijtimak tersebut diadakan di parlimen tersebut adalah dalam usaha PAS untuk menawan parlimen Kemaman pada pilihanraya umum kali ke-14 akan datang.

“Kita ada matlamat untuk tawan Kemaman, InsyaAllah kita menang kerusi di Kemaman, kita boleh memerintah pilihanraya ke 14,

“dalam perhimpunan ini, kita akan ajak seluruh ahli-ahli dan penyokong kita juga, untuk memeriahkan ataupun memberikan suatu sokongan moral kepada gerakan untuk kita hadap PRU 14 nanti,”tambahnya

Ulasan