06 Februari 2014

Ekspedisi Antartika; Kerajaan Gagal Jelaskan Manfaat dan Kebajikan Untuk Rakyat?

anak kecilSETIU – Kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said gagal memberikan ‘rasionalisasi’ bagaimana perjalanan beliau ke benua Antartika memberi manfaat dan kebajikan kepada rakyat Terengganu.

Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu Dr. Azman Ibrahim mencabar Ahmad Said membentangkan perincian butiran ‘projek salji’ kepada rakyat negeri Terengganu.


“Yang pertama, siapakah ahli rombongan tersebut dari kalangan rakyat Terengganu dan apa kelayakkan mereka dalam bidang penyelidikan?

“Yang kedua, walaupun dimaklumkan bahawa kedatangan rombongan dari negeri penyu ini adalah atas undangan Institut Penyelidikan Antartika Chile, tentunya ada belanja yang dikeluarkan.
“Rasanya tak munasabah pemergian mereka atas tanggungan Kerajaan Chile. Berapakah jumlah belanja tersebut?,”soalnya.

Menurutnya, sebelum ini kerajaan negeri pernah membuat beberapa kajian termasuk kajian berkaitan ‘Ubi Gadung’ yang dilaporkan menelan belanja RM2 juta.

Namun sehingga kini, kajian Ubi Gadung yang didakwa ‘boleh membesarkan payu dara’ itu senyap tanpa berita.

Sehubungan itu, beliau berkata, negeri Terengganu sehingga kini masih lagi beriklim Khatulistiwa dan tidak ada kaitan dengan iklim di Antartika.

“Saya sangat berminat untuk mengetahui walaupun sekadar makluman ringkas, apa dia kerja-kerja penyelidikan yang sedang dilakukan oleh saintis-saintis dari seluruh dunia di sana sebagaimana yang dikhabarkan oleh MB telah disaksikan oleh ahli rombongan.

“Kalau boleh dihuraikan sedikit apa-apa bidang penyelidikan yang boleh diaplikasikan untuk faedah rakyat Terengganu,”katanya.

harga ikan naik 30%Katanya, selaku pegawai yang pernah berkhidmat sebagai tenaga akademik di sebuah universiti tempatan , beliau sering mengingatkan kepada rakan-rakan sejawat agar memastikan setiap penyelidikan memberi manfaat dan kebajikan kepada rakyat.

Justeru, orang yang memegang amanah selaku Menteri Besar negeri Terengganu wajib memulangkan kembali wang rakyat yang diambil dengan nilai manfaat yang bakal mereka perolehi dari hasil kajian Antartika.

Beliau kesal, dalam keadaan rakyat negeri Terengganu, sedang ‘berhempas pulas’ mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung kenaikan kos sara hidup, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) begitu mudah menghabiskan wang yang dikutip dari hasil cukai rakyat.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...