02 Februari 2014

Keluar Bijih Besi 18 Juta Tan, Hasil Hanya RM1 juta?

IMG-20140131-WA0056KUALA TERENGGANU – PAS yakin dapat meneruskan momentum kebangkitan pada pilihanraya umum kali ke-13 lalu dan menggantikan pentadbiran negeri Terengganu selepas pilihanraya umum kali ke-14 akan datang, dengan kepimpinan yang lebih beramanah.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Y B Ustaz Satiful Bahri Mamat, banyak hasil yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada negeri Terengganu tetapi hasil yang diperolehi tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat, kerana pemimpin tidak melaksanakan amanah.

Katanya, bajet negeri yang besar sehingga mencecah RM2 bilion setiap tahun, tetapi tidak digunakan untuk kemajuan Islam dan pendidikan di negeri Terengganu.

“saya tanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kita tanya bajet besar RM2 bilion……berapa banyak yang dibelanjakan untuk melaksanakan syariah Islam, yang telah diwartakan sejak tahun 2002, yang telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan,

“(jawabnya) kosong…………. masa kita (PAS) perintah kita nak laksanakan undang-undang Islam dia kata itu Hudud PAS……..sekarang dah beberapa penggal di perintah (semula)…….mana Hudud Umno?,”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan di perkarangan Surau Flet Gelong Bilal pada Jumaat malam, 31 Januari.

Beliau mendedahkan, negeri Terengganu yang pernah menjadi pengeluar bijih besi terbesar dalam dunia, tetapi kini hanya memperolehi hasil yang sedikit, lebih sedikit dari hasil yang diperolehi dari cukai pasir dan cukai tanah yang dialihkan.

“saya tanya banyak mana mana hasil yang diperolehi daripada bijih besi yang dilombon semula sejak tahun 2010 sehingga sekarang? Jawapan yang diberi, selama empat tahun hasilnya hanyalah RM1 juta,

“(sebaliknya) hasil cukai sedut pasir diperolehi sebanyak RM1.2 juta setahun dan hasil cukai dari perpindahan tanah merah…..tanah bukit, sebanyak RM1.5 juta setahun,”jelasnya.

Beliau mempersoalkan, mengapakah hasil yang dikutip sangat sedikit sedangkan harga bijih besi lebih adalah lebih mahal dari pasir dan tanah?

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018