18 Februari 2014

Longkang Jadi ‘Perangkap’ Maut

Longkang perangkap mautDUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Ckgu Alias Harun menggesa pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) mengambil tindakan segera membaikpulih longkang di jalan menuju Kampung Serdang dekat sini.

Sistem perparitan itu, katanya, kini menjadi lubang perangkap maut, yang sedang menunggu mangsa untuk menjadi korban.
Beliau berkata, longkang pinggir jalan terbabit menjadi ancaman kepada rakyat yang, menjadi pengguna jalan itu.



“akibat hujan lebat musim tengkujuh baru ni, tebing ‘rebih’ dan tanah terhakis menjadikan longkang itu satu lubang besar, ia sangat berbahaya kepada penduduk kampung, khusnya pengguna jalan menuju kampung Serdang,

“sebelum kejadian buruk berlaku, lebig baik pihak MPD ambil tindakan baiki segera,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan tersebut pada Ahad, 16 Februari.

Jalan sepanjang hampir 10 km itu digunakan oleh penduduk sebagai perhubungan utama untuk urusan harian mereka.

Salah seorang penduduk kampung yang ditemui, Rashid Musa, 38 , berkata masalah itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa MPD.

Namun katanya, tindakan untuk membaiki longkang tersebut tidak dilakukan secara serius.
“Kita bimbang orang luar yang tidak pernah datang ke sini akan mengalami kemalangan, boleh terjatuh ke dalam lubang itu bila berselisih dengan kenderaan lain,

“malang tak berbau, bila- bila masa sahaja bolrh berlaku ia sangat bahaya kepada keselamatan penduduk yang sentiasa menggunakan jalan itu,”katanya.

Beliau menyokong tindakan YB Cikgu Alias agar pihak MPD menga,bil tindakan segera dalam masa terdekat.

Jalan sepanjang hampir 10 km itu adalah menjadi laluan utama penduduk untuk melakukan urusan harian mereka.

Cikgu Alias yang berjanji untuk membawa perkara tersebut kepada pihak MPD memberi ingatan supaya melaksanakan amanah tersebut dengan sebaiknya.

“rakyat membayar cukai pintu dan pelbagai perkhidmatan kepada MPD, para pegawai adalh kakitangan yang juga dibayar gaji hasil cukai rakyat,

“saya harap…………berkhidmatlah dengan sebaiknya, laksanakan sebagaimana moto ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’,” tegas beliau.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018