KUALA TERENGGANU – Mayat Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah
Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, yang dilaporkan hilang
sejak malam hari Jumaat (14 Februari), telah ditemui di sungai Kampung
Tajin Kuala Berang.Bomba memaklumkan pihaknya menerima panggilan telefon jam 11.50 pagi ini dari orang awam, dikatakan seorang pemancing, melaporkan kejadian itu.
Mayat tersebut telah dibawa ke hospital Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.
Semalam, pihk polis menyatakan, siasatan terhadap kes kehilangan Wan Hariff tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.
Timbalan
Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md. Jamil berkata, malah penemuan
kereta Audi milik mangsa berhampiran Pejabat Syarikat Air Terengganu
Sdn. Bhd. (SATU) Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang pagi semalam
juga mendapati tiada sebarang kesan mencurigakan.Justeru, katanya pihak polis juga menafikan kes Wan Hariff Rafany berkait dengan penculikan.
“Polis menerima laporan berkaitan kehilangan individu ini dan berkemungkinan dia tidak pulang ke rumah kerana mempunyai urusan di luar. Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah bertugas di Pejabat Tanah Hulu Terengganu
Ulasan