PAS Yakin Kembali Ke Darul Iman Dengan Semangat dan Setia Kawan Warga Tionghua

IMG_6221KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada kaum Tionghua yang berani hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan parti itu.

Beliau berkata, majlis seperti itu merapatkan lagi PAS dengan masyarakat berbilang kaum, sekaligus menggagalkan usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba memecahbelahkan masyarakat.


“kita mengadakan perjumpaan (dan) pertemuan seperti ini untuk mendekatkan antara kita dengan masyarakat berbilang kaum,

“sebab kita sedia maklum bahawa Umno ( dan Barisan Nasional) dia akan cuba memecahbelahkan, menimbulkan isu ‘rasis’ perkauman, perbalahan antara kaum, demi untuk mengekalkan (kuasa) Barisan Nasional,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam mempunyai ahli daripada pelbagai bangsa, bahasa.

Sebaliknya, kata beliau, Barisan Nasional masih mengamalkan perjuangan berdasarkan komposisi kaum, yang menyebabkan perbalahan pada hari ini.

Oleh itu, Beliau menyeru seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua untuk meneruskan perubahan yang telah dibuat, bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Di negeri Terengganu, katanya, walaupun sebanyak RM2.3 bilion bajet diluluskan, tetapi rakyat tidak mandapat manfaat yang besar.

“Di negeri Terengganu, walaupun bajet RM2.3 bilion tahun ini, apa yang diperolehi oleh rakyat? Yang khususnya memerlukan kepada pendidikan, rumah, tempat tinggal, peluang pekerjaan dan sebagainya.

Makan Malam Sempena Tahun Baru China 2014“Pemasalahan sosial makin banyak. Barang-barang makin mahal hari ini, yang murah hanya ‘kangkung’. Tak patut rakyat nak makan kangkung hari-hari? Sedang pemimpin hidup dalam keadaan mewah. Jadi, perkara ini kita perlu buat perubahan,”ujarnya lagi

Katanya, warga Tionghua kini tidak takut dan mempedulikan ugutan MCA dan Barisan Nasional yang sentiasa menekan kehidupan rakyat.

“Jadi saya ucapkan terima kasih, tahniah dan syabas, kerana saudara yang berani hadir di sini, sebab kadang-kadang Umno ini tekan, tindas, (sehingga) orang takut nak hadir program PAS.

“Dia ugut, tak nak bagi BR1M dan sebagainya. Tapi, hari ini orang sudah berani, ini merupakan hak kita, kita mesti berani untuk memperjuangkanya, untuk mendapatkan hak kita,”tambahnya.

Beliau yakin, dengan komitmen, semangat perjuangan dan setia kawan, PAS yang menerajui Pakatan Rakyat, akan berpeluang sekali lagi untuk memerintah negeri Terengganu.

Ulasan