Pelancaran Program ILHAM; PAS Terengganu Lipat Ganda Aktiviti Tarbiyah

Gimik pelancaran semula program Ilham disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan ManKUALA TERENGGANU – Perjuangan PAS adalah satu perjuangan yang berasaskan aqidah, yang mengambil kira dosa dan pahala dan bermatlamat untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata daya tahan kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS adalah tarbiah Islamiyah, yang mengekalkaan kewujudan PAS sehingga masakini.


Oleh itu, katanya, PAS negeri Terengganu mengambil pendekatan untuk mengukuhkan ahli-ahli dan penyokongnya dengan melipatgandakan aktibviti tarbiyah.

“kita mengambil pendekatan, khususnya untuk satu, dua tahun ini (selepas pilihanraya umum ke-13) untuk melipatgandakan gerak kerja dan aktiviti tarbiyah termasuklah (aktiviti) penerangan kerana kita tahu ia adalah nadi kekuatan kita,

“kerana itu kita masih boleh bertahan dan boleh mempertingkatkan daya juang kita, dan kita mengharapkan semua generasi pelapis, kader dan para petugas kita memahami asas ini,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di kuala Ibai pada Sabtu 1 Februari lalu.

Justeru itu, beliau mengumumkan pelancaran semula program pendidikan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) yang pernah digerakkan secara aktif sebelum ini di negeri Terengganu, sejak operasinya dimulakan oleh Lujnah Tarbiyah PAS Pusat pada tahun 1994.

Beliau berkata, dua buah pusat pendidikan tersebut akan dibuka di Kuala Terengganu bagi kawasan tengah dan utara, serta di Paka bagi kawasan Selatan.

Beliau berharap semua ahli PAS di peringkata cawngan, DUN dan Kawasan-kawasan dapat mendaftarkan diri untuk mendapat pendidikan tarbiyah secara ‘formal’ selain menuntut ilmu secara ‘tradisional’ dengan mendengar kuliah di masjid dan surau.

Sehubungan itu, pada Majlis yang sama, Naib Presiden PAS Pusat Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man merasmikan pelancaran tersebut selepas pembentangan kertas utama beliau kepada para peserta Munaqasyah yang bertajuk ’10 Arahan Presiden PAS’ dalam Ucapan Dasar pada Muktamar Kali Ke-59 di Shah Alam November lalu.

Ulasan