16 Februari 2014

Pemuda PAS Gerakkan Kesedaran Bahaya ‘Wabak Denggi’

Hishamuddin gotong royong1aKUALA NERUS – Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus mengadakan gotong-royong bersama dengan PAS cawangan Gong Badak bagi meyemarakkan budaya kemasyarakatan dan dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang bahaya wabak denggi.

Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus yang juga Ahli Dean Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim wabak tersebut semakin meningkat, bukan sahaja di negeri Terengganu malah di seluruh Malaysia.


“kita mengadakan gotong royong hari ini, bersama dengan PAS cawangan Gong Badak adalah dengan tujuan untuk menyemarakkan budaya kemsayarakatan PAS bersama seluruh penduduk,

“dalam masa yang sama kita member sokongan kepada Jabatan Kesihatan untuk membasmi wabak denggi yang semakin meningkat, bukan sahaja di seluruh Malaysia, malahan di Terengganu juga hebat peningkatan wabak denggi,”ujarnya.

Hishamuddin yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berkata, pihaknya akan menggerakkan kempen memberi kesedaran kepada masyarakat tentang wabak tersebut.

Menurutnya, program gotong royong membersihkan kawasan sekitar adalah antara usaha yang berkesan untuk mencegah denggi dan pemuda PAS akan menggerakkannya ke seluruh negeri Terengganu.

“Saya cuba mendapatkan rekod dari Jabatan Kesihatan, tapi masih gagal. Walaubagaimanapun, di atas inisiatif kemasyarakatan, wabak denggi perlu dibasmi.

“Di antara perkara yang kita (pemuda PAS ) galakkan kepada masyarakat, memberikan kesedaran berhubung dengan bahaya wabak ini,

“dan gotong royong salah satu daripada kita terapkan kepada masyarakat untuk mewujudkan budaya kebersihan, mengawal aedes dan seumpamanya. Itu diantara perkara yang kita buat,”jelasnya.

Katanya aktiviti itu akan dibawa ke seluruh peringkat yang akan mewujudkan budaya kebersihan dan kebersamaan.

Beliau berkata, gotong royong pada Jumaat 14 Februari itu telah Berjaya mendapat sokongan masyarakat pelbagai peringkat dan latar belakang.

“Alhamdulillah, pada hari ini sebahagian besar daripada mayarakat turut membantu kita. Tanpa mengira kefahaman politik, termasuk bekas-bekas JKKK juga ramai yang hadir unutk sama-sama menjayakan program hari ini.

“Program seperti ini, kita kekalkan di seluruh Tepoh (dan) InsyaAllah saya harap Jabatan Kesihatan dapat terus membantu kita dalam sebaran risalah, memberi maklumat tentang bahaya denggi. Dan kita akan menjadi satu agen untuk membantu dan memas

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018