‘Wakil Rakyat Orang Mati’??

van khidmat dungun1DUNGUN – Bagai sudah lali dengan gelaran yang dilempar dari pihak lawan, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, mengambil sikap senyum dan tiada kisah dengan semua ini, baik dari lawan atau kawan.


“Yang penting kita meneruskan khidmat sebaik mungkin kepada rakyat terutama pegundi yang memberi kemenangan kepada PAS. Kita dalam ketiadaan peruntukan tapi kita tetap merancang” ujarnya.

Sekarang ini kita berjaya menyediakan sebuah MPV Unit Khidmat Parlimen Dungun untuk memberi khidmat seperti digariskan.

Selain kegunaan parti ianya juga diharap memberi kemudahan kepada masyarakat untuk urusan ziarah kematian, kenduri kahwin, majlis pertunangan, menghantar jemaah haji dan umrah, hal hal pendidikan, kebajikan, lawatan maklumat dan berbagai kegunaan lain.

Masyarakat yang berhajat guna khidmat MPV ini hanya perlu hubungi mereka yang berkaitan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen berucap di Majlis Pelancaran MPV khidmat Masyarakat Parlimen
Dungun dan Pelancaran Van Jenazah bagi kegunaan pengundi dan masyarakat di kawasan Dungun.

Majlis ini yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Yang Berbahagia Haji Salahuddin Ayub di Surau Tuan Guru Zainal Abidin Sura, Dungun.

Beliau juga sempat berseloroh ” mereka gelar saya tok wakil orang mati, tapi kita kene ingat jika orang mati pun kita tak jaga, macam mana nak jaga kebajikan orang hidup” di sambut gelak dari orang ramai.

Pada majlis ini juga sebuah Van Jenazah di serahkan kepada Hj Hassan untuk diurustadbir dan beliau mengharapkan memberi manfaat kepada masyarakat.

Penyerahan kunci Van bernilai RM110,000,00 ini juga disempurnakan oleh Hj Salahuddin Ayub dan disaksikan beliau dan YB Ustaz Saiful Bahari Mamat Pesuruhjaya Pas Terenggganu.

Ustaz Wan Hassan dalam ucapannya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyumbang dan mendahulukan wang mereka dalam kita membeli MPV dan Van Jenazah ini.

Ulasan