Laporan Ketua Audit Mengesahkan ‘Kegagalan’ Pembinaan Empangan Paya Peda

Projek pembinaan empangan Paya Peda di Hulu Besut yang menelan perbelanjaan RM344 juta dianggap “tidak memuaskan” oleh Ketua Audit Negara (AG) hari ini, kerana kelewatan dan kelemahan termasuk gagal mematuhi Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).


Dalam siri pertama laporan 2013 beliau, Ketua Audit Negara berkata, projek itu telah mengalami kelewatan 18.49 peratus di belakang jadual bulan Julai 2013, kerana ia hanya 65.12 peratus siap dan bukannya yang dijadualkan 83.61 peratus.

“Kelewatan itu disebabkan oleh kegagalan kontraktor untuk mematuhi syarat-syarat kontrak,”menurut laporan teresebut.
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/empangan%20paya%20peda1.jpg
Projek empangan itu telah dianugerahkan oleh Kementerian Kewangan kepada dua syarikat usahasama antara SYARIKAT JAKS Resources Bhd dan Pembinaan Sujaman Sdn Bhd secara rundingan terus.

Kontrak itu pada mulanya berharga RM333.10 juta sebelum dinaikkan kepada RM343.55 juta, antaranya disebabkan kenaikan sebanyak RM4.5 juta bagi perkhidmatan perundingan untuk mereka bentuk empangan.

Di samping itu, RM150 juta diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk kerja-kerja yang berkaitan seperti geoteknikal, kajian, topografi dan reka bentuk oleh syarikat-syarikat yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ketua Audit Negara juga menegaskan bahawa kontraktor tidak mematuhi sepenuhnya dengan cadangan-cadangan di dalam laporan EIA, termasuk gagal ujian mineral arsenik, pengurusan sisa yang tidak memuaskan kepada minyak yang digunakan, dan juga tidak menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan pada awal projek.

Kontraktor juga gagal untuk melibatkan diri dengan penduduk tempatan di penebatan bahaya banjir, tambahnya

Laporan tersebut menjadi justifikasi, mengapa empangan Paya Peda pecah dan air melimpah keluar serta membanjiri kawasan perkampungan sekitar pada akhir tahun 2012.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah1.jpgAntara kampung-kampung yang terbabit adalah Kampung Batu 13, Felda Tenang, Kampung Padang Bual, Kampung Bekok, Kampung Pasir Akar dan Kampung Jerubun.

Ekoran kejadian tersebut, kehidupan seramai 160 keluarga terutamanya dari kampung Padang Bual yang telah dilanda banjir paling teruk telah terjejas.

Banjir yang telah menyebabkan lebih 2,000 orang terpaksa berpindaj di seluruh daerah Besut itu juga menimbulkan kotroversi apabila kenyataan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad said bercanggah dengan urutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming.

Ahmad Said ketika berkata kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) pada Selasa 25 Disember menyatakan, empangan tersebut ‘terpaksa dipecahkan’ untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

Namun sebaliknya, Wee Yit Ming berkata, banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Peda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Ulasan