Pencemaran Aktiviti Perlombongan Bukit Besi Mula Dirasai

Sungai Luit yang tercemar1DUNGUN – Terlalu pentingkan keuntungan tanpa memikirkan kesan terhadap ekosistem semulajadi, pekan dan kawasan sekitar Bukit Besi bakal terdedah dengan pencemaran dan bencana banjir yang besar setiap kali musim tengkujuh.

Pengarah MTD, Haji Ghazali Sulaiman berkata penarahan hutan brskala mega dan pembukaan semula lombng bijih besi secara ‘drastik’ dan besar-besaran sudah mula meninggalkan kesan negatif.
“saya dimaklumkan, kesan radioaktif ekoran pembukaan lombong akan merebak dan sekarang ini, sekiranya kita masuk ke kawasan enam lombong yang sedang beroperasi, kita akan menghidu bau belerng (sulfur) yang kuat,
“lebih 2,000 ekar hutan yang dikorbankan untuk aktiviti lombong itu akan ‘meratakan’ seluruh bukit besi,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat PAS pada sidang DUN berhubung perkara tersbut pada awal minggu ini.
Beliau yang turut menyertai rombongan meninjau aktiviti perlombongan bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Jumaat lalu memberi amaran, genrasi akan datang tidak akan mengenali lagi bukit besi kerana ia akan terhapus sama sekali.
“lesen yang diberi adalah selama lima tahun…….ini bermakna pemusnahan besarbesaran akan berlaku dalam tempoh tersebut dan generasi akan datang tidak akan dapat lihat bukit besi itu sama sekali,”jelasnya.
Rombongan tersebut berjaya melawati hampir separuh kawasan lombong sedang beroperasi bagi meninjau kesan kemusnahan alam akibat daripada aktivi tersebut.
Kesan awal pencemaran alam sekitar mula dilihat dan dirasai oleh penduduk setempat.
Menurut seorang kaki pancing ikan air tawar, Encik Malik, akibat kandungan sulfur yang tinggi hanya ikan Toman dan Haruan sahaja yang mampu hidup di sungai Luit [gambar], berhampiran dengan lombong bijih besi itu.
Katanya, awasan tadahan hujan Sungai Luit, kini sudah terkampus dan dialiri oleh bahan cemar daripada kawasan lombong tersebut.

Ulasan