SAR Kesal Jabatan Kesihatan Tolak Permohonan Khidmat

Dr Azman IbrahimBESUT – Sekolah agama rakyat (SAR), Maahad Tahfiz Wat Ta’alim Matlain Badrin (MTTMB), kesal pihak Jabatan Kesihatan menolak permohonan sekolah itu untuk memberikan khidmat kesihatan kepada orang ramai, sempena majlis ulang tahun penubuhan sekolah tersebut.
Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MTTMB Dr Azman Ibrahim berkata, ada pihak yang menghantar mesej kepadanya, mempertikaikan beliau yang membuat teguran ‘terbuka’ melalui laman sosial.

Menurutnya, beliau menerima mesej yang merujuk kepada perkara tersebut yang berpendapat, sepatutnya pihak MTTMB tidak membuat kenyataan dan berbincang dengan pihak hospital.
“saya dapat mesej dari pihak tertentu yang berkata, apa yang saya nak bila (dengan) tegur hospital Besut secara terbuka? Dia kata cara saya tegur begitu tak manis, sepatutnya boleh pergi berbincang,
“Surat (MTTMB) kepada hospital pun bukannya kita nak mohon apa-apa, tetapi kita yang nak menawarkan khidmat sukarela secara percuma untuk bersama membantu dan berbakti. Bukannya kita nak mintak sedekah.
“Orang Terengganu kata, ‘kalu nebeng sangat dok payohlah!’ Nak bincang apa lagi kalau program dah disuruh batal tanpa perbincangan. Tak kan kita nak pergi merayu?,”ujarnya.
Dr Azman yang juga bekas pegawai Kementerian Kesihatan kesal, walaupun Negara telah merdeka lebih 50 tahun dan didakwa mengalami kemajuan pesat, tetapi pemikiran ‘orang-orang besar’ dalam Kementerian dan Jabatan Kesilahatan khususnya, tidak pernah berubah.
Katanya pihak yang tebabit dengan khidmat kepada orang awam tidak sepatutnya mempunyai sikap ‘apartheid’ yang membeza-bezakan khidmat mereka menurut kecenderungan politik.
“cukuplah…….. berubahlah, bersikaplah seperti orang dewasa, rasional dan berfikiran matang serta terbuka kerana rakyat yang mengongkosi kewujudan kementerian dan jabatan-jabatan…….bukan parti yang memerintah,
pelajar matlain badrin“pemimpin Negara melaungkan demokrasi, berikrar memberikan perkhidmatan kepada semua rakyat, tapi selepas lebih 50 tahun merdeka, pemikiran masih sempit,”ujarnya kesal.
Secara sinis beliau berkata, mungkin dengan teguran yang disampaikan beliau secara terbuka itu dapat membuka peluang ‘orang besar’ hospital Beut untuk naik pangkat.
“Tak ada saya nak apa-apa tetapi dengan teguran terbuka itu, saya rasa peluang untuk Tuan Pengarah naik pangkat akan lebih terbuka sebab dia telah membuktikan bahawa dirinya setia mendukung polisi Umno.
“Semoga dia akan naik menjadi Pengarah Kesihatan Negeri pula selepas ini. Itupun kalu Umno masih ada. Jadi sepatutnya saya layak menerima ucapan terima kasih,”ujarnya.
Beliau mengambil kesempatan menjemput semua pihak hadir ke majlis sambuta Ihtifal MTTMB yang akan diadakan pada 26 April ini.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua kawan-kawan untuk hadir ke Ihtifal Tahunan Maahad Tahfiz Wat Taalim Matlain Badrin, Jabi pada Sabtu 26 April 2014.
“Selain dari hidangan gulai kawah yang kami hidangkan, pengunjung juga boleh mendapatkan rawatan dan pemeriksaan perubatan percuma. Tapi tentunya bukan dari Hospital Besut,
“Dalam Ma’ahad Tahfiz ini, saya bertindak sebagai Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah. Inilah antara saham akhirat yang kita carumkan. Walaupun saya bukan hafiz, tapi saya sangat berhajat nak tengok anak-anak kita jadi hafiz.”tambahnya.

Ulasan