Rakyat Tolak Pembangunan ‘ala – Dubai’ Pasar Kedai Payang

MARANG – Rakyat negeri Terengganu sebulat suara menolak pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang ‘ala -Dubai’ yang dicadangkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional dibawah pimpinan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said.




Bahkan, menurut Timbalan Pesuruhjaya ( I ) PAS Terengganu YB Dr Alias Razak, kesemua kumpulan bengkel yang hadir dalam perbincangan yang dianjurkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bersetuju mengekalkan ciri Melayu Islam Terengganu dalam penambaikkan dan penaiktarafan pasar bersejarah itu.



“yang menariknya semua bengkel menolak pembangunan ‘ala -Dubai’ Pasar Besar Kedai Payang yang menggabungkan pembangunan hotel dan ‘apartment’ sekali dengan pasar,



“seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Umno-BN dibawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Said,”jelasnya kepada pemberita pada sidang media hari Khamis 19 Jun di Dewan Tok Guru Rusila dekat sini.



Oleh itu, beliau yang juga ADUN Bukit Tunggal menggesa Menteri Besar Terengganu yang baharu agar menerima pakai cadangan bengkel tersebut dalam melaksanakan pembangunan pasar itu.



“Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif harus mengambil kira keputusan yang dibuat oleh bengkel itu yang pesertanya terdiri daripada pelbagai kelompok rakyat,



“termasuk Dewan Perniagaan Cina, usahawan Melayu, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pelancong, ahli politik dan banyak lagi,”ujarnya.



Bengkel pembangunan Pasar Besar Kedai Payag telah dianjurkan oleh MBKT pada hari Rabu 18 Jun bertempat disebuah hotel di kuala Ibai Terengganu.



Sebanyak lima bengkel yang membentangkan rumusan masing-masing dalam bengkel tersebut bersetuju supaya pasar kedai payang tersebut dinaik taraf tetapi menolak pembangunan menjadikan ia sebagai sebuah ‘pasaraya’ sebagai cadangan kerajaan negeri sebelum ini.



Empat wakil daripada pemimpin PAS, YB Dr Alias Razak, Haji Yahaya Ali, YB Ustaz Mohd Nor hamzah dan YB Datuk Raja Kamrul Bahrin hadir bagi menyumbangkan pemikiran dalam bengkel itu.



Turut sama adalah Haji Ahmad Amzad Hashim mewakili NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti).

Ulasan