31 Julai 2014

Kerajaan Gagal Menangani Gejala ‘Mat Rempit’

saufi report polis rempitKUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Haji Mohd Abdul Wahid Endut menempelak kenyataan yang mendakwa telah menyelsaikan masalah pemuda ‘rempit’ dan menyifatkan pemimpin kerajaan tidak ‘turun padang’ untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.
“Kerajaan tak selesaikan masalah ni…….maknanya, dia bercakap atas dasar orang yang tak turun padang lah, kerana rumah saya tepi jalan raya, (saya) tengok dengan mata kepala, perjalanan saya sendiri pun terganggu,
“orang kampung pun bersungut, malam raya merempit, subuh raya, orang sibuk lepas subuh tu nak ke kubur, nak ziarah makan-makan, jumpa orang tua, arwah…..susah,”keluh beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya sempena hari raya, Selasa 29 Julai.


Oleh itu, beliau menasihati anak-anak muda, supaya tidak meneruskan aktiviti yang tidak berfaedah tersebut.
“(kepada) anak-anak muda ni saya sebagai wakil rakyat kawasan ni kecewa sedikit lah, hari raya ni merempit lagi. Subuh raya, petang raya, berlumba lagi motorsikal. Jadi kalau boleh, hari lain memang biasa dah.
report mat rempit1“Tapi hari besar, hari baik ni, kita cuba elak lah benda-benda macam itu, pada masa akan datang lah. Yang tahun ni berlaku dah. Nak buat macam mana. Saya nasihat lah. Jangan ikut nafsu muda tu,”ujarnya.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu Ahmad Saufi Chik telah membuat satu laporan polis semalam, Rabu 30 Julai, ekoran kegiatan rempit yang menjadi-jadi.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS DUN Alor Limbat yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu berkata, selama tiga malam berturut-turut sejak 28 Julai lalu, beliau tidak dapat tidur kerana diganggu oleh kegiatan merempit dan ‘lumba haram’.
“laporan ini dibuat bertujuan agar pihak polis mengambil tindakan kerana aktiviti lumba haram ini merbahaya dan mengganggu pengguna jalanraya yang lain,”ujarnya menurut laporan tersebut.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018