Minyak Motosikal Percuma Menjelang Eidul Fitri

IMG-20140727-WA0068DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat menyambut ketibaan Eidul Fitri dengan menyantuni warga Felda dengan menganjurkan program ‘Minyak Muto Raya bersama YB’.
Menurutnya, walaupun ianya mungkin ‘tidak seberapa’ jika dinilai dengan wang ringgit, namun ianya kesempatan bemakna untuk warga generasi Felda dalam kawasan DUN Paka yang tersenarai antara 13 bandar yang paling mahal harga barangan di Malaysia.
semalam, Ahad 27 Julai.



“Dengan kesempitan akibat kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat pada setiap hari, temasuk kos bahan api……. pastinya akan menambah kesukaran dan bebanan kehidupan semakin berat,
“dalam masa yang sama, harga komoditi kelapa sawit terus jatuh menjunam pada kadar semasa RM450 setan,”ujarnya ketika ditemui pada petang Ahad, 27 Julai.
Sebanyak 900 buah motosikal mengisi minyak secara percuma bernilai RM5 bermula dari jam 4.00 hingga 7.00 petang di dua nbuah stesyen minyak Rancangan Tanah Felda Kerteh 3.
Disamping itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu meluangkan masa bersantai bersama anak-anak muda warga Felda yang pulang ke kampung halaman dalam mennyambut kemeriahan diambang hari lebaran.
Beliau menyifatkan, anak-anak muda kini lebih matang berpolitik dan merupakan penentu kepada masa depan negeri Terengganu dan negara ini.
“Diharapkan warga Felda lebih terbuka untuk membuat pilihan kepimpinan kerajaan sebagai satu alternatif bagi menerajui negeri dan negara di masa akan datang.
“Apapun terimakasih kepada warga Felda Kerteh Satu yang memberikan undi sehingga PAS mencapai kemenangan pada PRU kali ke-12, Mei tahun lalu………TaqabaLlahu minna wa minkum….. Selamat Hariraya, maaf zahir batin,”ucapnya

Ulasan