02 Ogos 2014

JKS Marang Lancar Kempen Intensif Kutip Dana Palestin

JKS 7 NGO MarangJKS 7 NGO Marang

JKS 7 NGO MarangMARANG – Lajnah Jabatan Kerajaan dan Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (JKS & NGO) bersama ‘We Care’ Marang melancarkan gerak kerja intensif selama 10 hari bagi mengumpulkan Dana Kemanusiaan untuk saudara seaqidah yang sedang dilanda perang, di Gaza.
Pengerusi ‘We Care’ Marang Puan Raihani Ibrahim berharap, usaha tersebut dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak mungkin dalam sehingga tempoh akhir pada 10 Ogos akan dating.


“objektif program ini adalah untuk mengumpul dana kemanusiaan untuk saudara seakidah di Gaza. Program kebajikan ini adalah anjuran Lajnah JKS dan NGO PAS Marang dengan kerjasama ‘We Care’ Marang.
“sasaran projek Dana Kemanusiaan ini adalah untuk mengumpul sumbangan dari setiap (kawasan DUN di dalam kawasan Marang dalam tempoh 10 hari, mulai 30 Julai 2014,”ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran pada Khamis 31 Julai.
Menurutnya, semua kutipan sumbangan yang dikumpulkan akan diserahkan terus kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Puann Raihani amat berbesar hati kerana dapat mengadakan program itu bagi menunjukkan kecaknaan Muslimat khususnya, kepada warga Palestin, terutamanya di Semenanjung Gaza.
Majlis Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Penerbit Rancangan Cinta Ilmu TV al-Hijrah Saifulnizam Mohamad.
Beliau dalam ucapannya, berkongsi pengalaman bersama pelarian di Syria dan Jordan yang menceritakan kesusahan para petugas media tersebut ketika berjauhan dai ahli keluarga ketika berada di ‘negeri Syam’ itu.
“namun begitu, kemeriahan kita di Malaysia menyambut Syawal jangan sesekali melupakan saudara kita di Syria dan Palestin.
“hanya doa dan kewangan yang mampu kita sumbangkan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan,”ujarnya.
Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang, Hajah Zarani Othman.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018