Empat Halangan Perlaksanaan Undang-undang Syariah di Negeri Terengganu


IMG-20141026-WA0074KUALA TERENGGANU – Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar kerajaan, Dato’ Wan Mutalib Embong menegaskan, empat perkara yang menghalang EnakmenKanun Jenayah Syariah (EKJS) dilaksanakan di negeri Terengganu.
Beliau berkata, halangan tersebut akan kekal sebagai halangan jika tiada keazaman politik yang jitu dan usaha berterusan dalam melaksanakan EKJS Terengganu ini.


“Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, sememangnya terdapat halangan undang-undang yang perlu diatasi dan diluruskan dalam perlaksanaan EKJS Terengganu ini.
“Halangan tersebut akan kekal sebagai halangan jika tiada keazaman politik yang jitu dan usaha berterusan dalam melaksanakan EKJS Terengganu ini,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas bertajuk, Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah Di Terengganu: Antara Keazaman Politik Dan Halangan Undang-Undang, pada Seminar Penghayatan Hududullah, di sini Ahad, 26 Oktober.
IMG-20141026-WA0076Sebelum itu, beliau ketika mengupas kertas kerja tersebut menggariskan empat halangan iaitu, Pentafsiran Terhad ke atas Perkara 3(1) Perlembagaan, Bidang Kuasa Persekutuan dan Bidang Kuasa Negeri Yang Diperuntukkan oleh Perlembagaan, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 Pindaan 1984 (Akta 355) yang menghadkan kuasa Mahkamah Syariah dan Menggunakan Peruntukan Perkara 76A(1) Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan Dewan Undangan Negeri menggubal enakmen berkait undang-undang jenayah syariah
Sehubungan itu, beliau meletakkan tanggungjawab memperjuangkan perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah itu kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.
Katanya, langkah proaktif mesti diambil, dalam mengatasi halangan undang-undang dan mempersiapkan institusi pentadbiran kehakiman di Terengganu.
“Apatah lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharum telah menyatakan komitmennya untuk membantu perlaksanaan hukuman jenayah syariah di Kelantan dan meminda Akta 355,
“maka kesempatan ini harus diambil oleh pemerintah di Negeri Terengganu untuk turut sama dalam melaksanakan hukuman jenayah syariah ini,”jelasnya.
Selain rakyat umum, kata beliau, wakil-wakil rakyat khususnya daripada Pakatan Rakyat dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) perlu bertindak seiring bagi memastikan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2002.
“Usaha-usaha ini semuanya memerlukan keazaman politik melebihi retorik politik. Usaha ini perlu diterjemahkan dengan pelan tindakan yang berkesan.
“Kita berharap semoga suatu hari kelak, negeri Terengganu akan menjadi negeri contoh dalam perlaksanaan hukuman jenayah syariah,”tambah beliau

Ulasan