02 Disember 2014

Jangan Sampai Disenarai Hitamkan Oleh Allah!


IMG-20141130-WA0068KUALA NERUS – Para pemuda diseru agar jangan keliru dengan sistem demokrasi kerana ia adalah hanya satu ‘wasilah’ perjuangan yang diguna pakai oleh PAS.
Matlamat untuk mencapai kemenangan dalam Islam bukanlah suatu perkara yang mudah dan perlu memenuhi pra-syarat tertentu.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamruzzaman Abdullah berkata, nabi Muhammad SAW menghadapi bukan sahaja golongan musyrik bahkan berdepan dengan kumpulan orang-orang munafik.


IMG-20141130-WA0069Betapa susah pun rintangan yang dihadapi oleh baginda namun kerja-kerja perjuangan dan dakwah Islam terus dilaksanakan.
“Yakinlah (dengan perjuangan Islam) betapa susah nabi menghadapi orang-orang munafik, pelik bin ajaib ketua kafir pun tak pernah diambil tindakan oleh nabi,
“adakah nabi tak kenal Abdullah bin Ubai ni siapa, sedangkan Allah sendiri turunkan wahyu, nabi sendiri suruh Huzaifah al-Yaman tulis nama puak-puak orang kafir (musyrik),”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Gempur Ijtimak Tarbawi 4.0 dan Munaqasyah Ucaptama Ketua Pemuda di Dewan masjid Tok Jiring dekat sini pada Sabtu, 29 November.
Oleh itu, dalam mendokong rislah perjuangan RasuluLlah itu, beliau meminta agar para pemuda melupakan soal remeh temeh.
Suka berdalih dengan berbanyak alasan, telah menyebabkan ada diantara Sahabat sendiri ‘disenarai hitam’ oleh Allah.
“(pemuda perlu ada) sifat-sifat yang wajib ada pada orang yang mendokong risalah nabi SAW……….. jadi kita minta supaya anak-anak muda tidak disenaraikan hitamkan oleh Allah seperti Ka’ab bin Malek,
“bukan nak kata membelit kisah sahabat (tapi) cuma nak ambil panduan, Ka’ab bin Malek, Hilal bin Umayyah. Apabila nabi seru supaya ke medan Tabuk, mereka tidak pergi, bukan alasan yang kukuh,”tegasnya.
Justeru, beliau menyerus emua pemuda untuk beramai-ramai turun dan menyahut seruan dengan menghadiri Program Ijtimak Tarbawi 4.0 pada Jumaat 5 Disember depan.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...