06 Disember 2014

Penutupan Kilang Perwaja; Kerajaan Negeri Digesa Selesai Masalah 5,000 Penduduk


IMG-20141205-WA0049KEMAMAN – Kerajaan negeri Terengganu diminta menyelesaikan masalah 5,000 orang yang terjejas ekoran penutupan kilang Perwaja Steel dan pemberhentian 1,500 orang pekerjanya.
Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, ia memberi kesan langsung kepada ekonomi setempat serta saraan kehidupan kepada setiap keluarga yang terlibat



IMG-20141205-WA0048“jumlah mereka yang terjejas adalah melebihi 5000 orang setelah dikira jumlah pekerja pekerja yang diberhentikan, pasangan masing masing dan tanggungan mereka.
“Ini akan memberi kesan langsung kepada ekonomi setempat serta kesan kepada setiap keluarga yang terlibat,
“lebih-lebih lagi mereka akan menghadapi sesi persekolahan anak-anak yang akan dibuka untuk penggal bahawa awal bulan depan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Bola Keranjang Tertutup Piala ADUN Chukai, yang diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chukai, dekat sini semalam Jumaat 5 November.
Pertandingan yang diadakan dalam format ‘4 on 4’ itu dimenangi oleh pasukan ‘Kemaman’ dengan mengalahkan pasukan Chelsea.
Para pemain ‘Kemaman’ adalah Koh Chun, Kok Liang, Ping Sang, Kok Juin dan Siion Ban manakala Kelab Chelsea diwakili oleh Jiang Long, Jnn Gan, Ah Bun, Guang Ming dan Wan Qian.
IMG-20141205-WA0014Mengulas lanjut isu penutupan kilang Perwaja, Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu berkata, negeri Terengganu amnya dan daerah Kemaman khasnya akan kehilangan putaran ekonomi sebanyak RM3.5 juta ke RM4 juta sebulan, berikutan pemberhentian para pekerja Perwaja.
“Ini akan memberi kesan langsung kepada sektor perniagaan runcit dan juga sektor perbankan di Kemaman,
“Kerajaan Tempatan pula akan kehilangan pendapatan sekitar RM2 juta setiap tahun kesan dari kehilangan kutipan cukai tanah dan ia akan memberi kesan ketara kepada pembangunan Daerah Kemaman,”jelasnya.
Sehubungan itu beliau mengesyorkan kerajaan negeri mengambil beberapa langkah bagi membantu keluarga terbabit dan mengurangkan impak terhadap ekonomi, kesan dari penutupan kilang tersebut.
Beliau berkata, kerajaan negeri mesti berusaha untuk meneruskan operasi kilang besi terbabit atau menyerapkan para pekerjanya kepada kilang besi yang akan dibuka.
IMG-20141205-WA0047
“Kerajaan Negeri boleh menggunakan saluran-salurannya untuk mempengaruhi kerajaan pusat supaya dapat mengiktiraf agar kilang Perwaja agar dapat beroperasi semula dan menjana semula pertumbuhan negeri dan nasional,
“atau memberi jaminan dengan segera menyerapkan semua pekerja yang diberhentikan itu kepada kilang besi yang akan dibuka,”tegasnya.
Katanya, Menteri Besar Terengganu Datuk Razif Abdul Rahman ada mnyebut pada 24 hb lalu, bahawa ada dua kilang besi di Kemaman ini, Perwaja Steel dan Eastern Steel.
“pastinya MB telah mengetahui bahawa Perwaja Steel telah ditutup dan pekerjanya diberhentikan pada 19 November lalu,
“sebab tu Datuk Razif kata polisi kerajaan tidak mengekspot bijih keluar negara bermula April tahun lalu,”tambah Hanafiah

Tiada ulasan:

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para g...