21 Februari 2015

Islam Larang Umatnya Ikut Pemimpin ‘Membabi Buta’


33P3286853MARANG – Islam mengajar umatnya tidak mengikut seseorang pemimpin ‘membabi buta’ tetapi mengikut pemimpin berasaskan kepada ilmu dan hujah yang bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata al-Quran menyuruh kita melihat dan berfikir dengan hujah dan dalil yang bersumberkan wahyu Allah SWT.


Oleh kerana itu, katanya, Islam menolak sebarang kepercayaan dan pegangan hidup yang berdasarkan sangkaan (dzan) dan anggapan sahaja.
“Ramai dkalangan mereka (orang musyrikin) tidak mengikuti melainkan sangkaan (dzan) semata-mata, sesungguhnya sangkaan itu tidak boleh mengayakan daripada sesuatu kebenaran sesuatu,
“sangkaan tidak boleh membuktikan kebenaran,”katanya ketika menghuraikan ayat-ayat al-Quran al-Karim.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah duha di masjid Rusila pada Jumaat 20 Februari.
Oleh itu, menurutnya, mereka yang tidak mengikut petunjuk al-Quran menjadikan ‘hawa nafsu’ sebagai tuhan mereka selain dari Allah yang menyebabkan mereka ‘buta dan tuli’ dalam mencari kebenaran.
Katanya, Allah melarang manusia mengikuti perasaan dan hawa nafsu semata-mata kerana ia akan menyesatkan manusia umpamanya, mengikuti perasaan dan hawa nafsu yang menerbitkan cinta yang amat sangat dan menimbulkan benci yang amat sangat.
“ceritalah bab kebenaran pun, ceritalah tentang penyelewengan pun, mereka tidak mendengar kerana mereka tuli dan buta,
“tuhan dia siang dan malam adalah hawa nafsu……hawa nafsu makan, hawa nafsu (kehendak) perempuan, hawa nafsu harta……..,”jelasnya.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu berkata, Islam melarang manusia menjadi pengikut kepada mana-mana pemimpin tanpa berfikir.
Sebaliknya, orang-orang Islam mesti menilai seseorang pemimpin berasaskan ilmu dan hujah.
“dia ikut pemimpin (tanpa memiki) walaupun pemimpin itu membawa kerugian, setiap tahun rugi (bajet defisit)……….buat bangunan runtuh……..buat projek tangguh,
“kita kata….cuba fikir gak, kenapa jadi begitu semua……….betul dah, buat lebuh raya molek, kita tak nafi tapi kaedah dan cara buat lebuh rayamerugikan rakyat…..kita kena fikir,”tegasnya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...