Kawalan Pergerakan Beri Kesan Kepada Warga Felda.

Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara sudah tentu memberi kesan warga Felda khasnya  yang bergantung kepada perkerjaan Kilang Sawit.


Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan. (GENERASI) Naraza Muda berkata, walaupun masih belum ada arahan khursus mengenainya, mereka yang terlibat dengan operasi di 69 Kilang sawit di bawah FGV perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Jika Perintah kawalan ini memaksa penutupan operasi kilang dalam masa terdekat, ianya juga akan menjejaskan pengeluaran Buah Tanda Segar (BTS) dari ladang milik peneroka Felda.

"Oleh itu pihak pengurusan Felda perlu segera merangka mekanisma atau pelan segera menghadapi situasi ini. Harga BTS berada dalam kedudukan stabil sejak kebelakangan ini pastinya akan menyukarkan kawalan mengelak hasil dituai," tegasnya.

Notis penutupan juga kata beliau, perlu mengambil kira jangka waktu tertentu agar mengelak lambakan BTS kerana tidak diproses akibat penutupan operasi kilang jika iannya ditutup.

Justeru katanya, kebajikan pekerja kilang dan peneroka Felda juga perlu dibincangkan oleh pihak Felda dan kerajaan Malaysia terhadap sebarang kemungkinan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini, memberikan respon terhadap perintah negarabyang dikeluarkan Oerdana Menteri semalam.

Oleh itu, beliau berkata, jika semua kepentingan diambil kira, sudah tentu 112,635 peneroka dan pekerja kilang FGV seluruh negara dapat menghadapi situasi ini dengan persediaan dan kesedaran yang tinggi dalam membantu kerajaan hadapi Covid-19.

"Sudah tentu warga Felda di seluruh 317 tanah rancangan akan mematuhi kawalan yang dikenakan oleh Kerajaan serta akur pelaksanaan Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967," tambah beliau

Ulasan