Muslimat Bersedia Pertahan Kemenangan


KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu bersedia untuk mempertahankan kemenangan kerajaan yang memerintah negeri pada hari ini.

Ketuanya, To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, jentera muslimat di peringkat kawasan dan akar umbi sentiasa dalam keadaan siap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada bila-bila masa sahaja.
“Kami sentiasa mengerahkan pimpinan kawasan dan bawahan, untuk memperkemaskan jentera sementara menanti arahan seterusnya dari pucuk pimpinan parti,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media pada hari ini.
Menurut Zarani, peranan wanita juga mestilah dimartabat dan dimantapkan lagi di peringkat pimpinan bagi membantu kerajaan negeri dan perjuangan Islam.
“Kita menyaksikan suasana politik Malaysia terkadang ditiup angin dan ribut.
“Pihak musuh sedaya upaya cuba menjatuhkan kerajaan sedia ada yang dipimpin Perikatan Nasional,” ujar beliau.
Justeru itu beliau menegaskan bahawa, Muslimat Terengganu bersungguh-sungguh bekerja keras bagi memperjuangkan kemenangan Islam di Malaysia dan khususnya negeri ini.

Ulasan