Muslimat Marang Kumpul RM30,000 Dana PRU


Oleh : Thaqifah Nafisah Hussain

MARANG - Muslimat PAS Kawasan Marang diingatkan agar bersiap siaga dari sekarang bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan bila-bila masa.


Ketuanya, To’ Puan Zarani Othman berkata, sebanyak RM30,000 berjaya dikumpulkan lebih menerusi program Infaq Subuh dalam 10 akhir Ramadan yang lalu.

Tegasnya, Skuad Munajat Muslimat PAS Marang juga mesti digerakkan setiap hari.

Malah, katanya segala aktiviti dan gerak kerja parti itu mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT.

“Suka saya ingatkan bahawa, Muslimat PAS perlu bersedia dari segi mental dan fizikal khususnya untuk mempertahankan kemenangan kerajaan PAS di Terengganu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15".

“Kita (muslimat) bukan sahaja perlu bekerja secara sistematik tetapi mesti bersungguh-sungguh” ujarnya.


  • Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taujihat dan Pelancaran Gerak Kerja dan Tabung Sriyya PRU15 Muslimat Marang, di Dewan Majlis Daerah Marang, semalam.


Majlis itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan hadir sama Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Marang, Mohd Nasir Ismail.

Manakala dalam ucapan Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Marang, Mohd Nasir Ismail mengakui, peranan muslimat menjadi tenaga penting dalam gerak kerja pilihan raya.

“Muslimat kita memberi sumbangan yang sangat besar kepada parti di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Zainun Abdul Wahab, isteri ADUN Pengkalan Berangan, Hafizah Abdurahman dan isteri ADUN Alor Limbat, Arinah Lah.

Ulasan