Pelajar PASTI Dengan Budaya Norma Baharu


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Walaupun bersekolah dengan mengamalkan budaya norma baharu, ianya tidak memudarkan semangat dan keterujaan para pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk kembali memulakan persekolahan.


Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Alias Harun memuji mereka hadir ke sekolah, tidak kekok terpaksa mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) .

"Untuk mematuhi SOP penjarakkan sosial, satu meter jarak antara pelajar, menyebabkan hanya pelajar enam dan lima tahun sahaja yang dibenarkan bersekolah semula, memandangkan keluasan kelas tidak mengizinkan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program bersama Pemuda mengedarkan kit penjagaan kesihatan mengelakkan COVID-19 di PASTI dalam DUN itu pada 8 Julai yang lalu.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi PASTI DUN tersebut, Mohamad Syukri Abdul Wahab berpuas hati pelajar dan guru mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) bermula daripada masuk ke kawasan sekolah sehingga di dalam kelas.

" Alhamdulillah sejak PASTI di Terengganu dibenarkan dibuka pada 5 Julai lalu, persiapan yang rapi telah dilakukan oleh pengurusan PASTI di DUN kita dan Pemuda mengambil inisiatif mengedarkan kit penjagaan kesihatan yang terdiri daripada topeng menutup mulut dan hidung serta cecair pembersih tangan,"jelasnya.

Ulasan