Tabung 'Sriyya' Zahir Kesungguhan Muslimat


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN - 'Tabung Sriyya' telah dilancarkan di peringkat Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi menzahirkan kesungguhan bagi menghadapi PilihanRaya Umum (PRU) ke-15 pada kali ini.


Ketua Muslimat PAS Bukit Besi, Zakiah Alias berkata ianya bagi membuktikan kepada PAS Negeri Terengganu.

"Bahawa kita sentiasa bersungguh-sungguh malah bersedia untuk bertanding. Kerana kita sentiasa optimis serta telah merangka gerak kerja besar-besaran.

"Ini kerana kita telah melihat pertambahan ahli PAS yang sangat baik khususnya daripada muslimat PAS sendiri," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas Majlis Pelancaran 'Tabung Sriyya', di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, pada Khamis 16 Julai.

Tabung itu katanya akan dibuka pada setiap empat bulan sekali.

"Dimana jumlahnya akan kita umumkan di bilik gerakan. Sebenarnya tabung ini kita ambil ilham daripada Muslimat PAS Kawasan Marang.

"Setelah melihat kebaikan yang banyak dari tabung berkenaan maka kita bawa ke DUN Bukit Besi," ujarnya.

Katanya, 68 tabung telah diserahkan kepada seluruh Muslimat PAS DUN berkenaan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Ghazali Sulaiman pula berkata amat berbesar hati dengan usaha dilakukan tersebut.

"Walaupun bunyinya 'sriyya' (seringgit) tapi impaknya besar dan pastinya akan mengundang keberkatan.

"Semoga tiada dalam masa sehari kita tidak menderma, apatah lagi bagi memastikan kemenangan Islam," tegaa beliau.

Ulasan