Mansuh Seksyen 498 Mencemarkan Maruah


  Oleh ; RR

KUALA TERENGGANU - Pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang adalah satu perkara yang mencemarkan maruah orang Islam.

Ketua Ameerah negeri Terengganu, Asma Abdullah berkata, tindakan mempengaruhi kaum hawa melakukan maksiat adalah termasuk dalam perbuatan mukadfimah zina. 

"Semua akta dan hukuman yang dibuat sebelum ini adalah selaras dengan ajaran Islam kita yang bertujuan untuk menjaga serta memelihara hak sesama Muslim baik lelaki mahupun wanita.

'Jika seksyen 498 ini dimansuhkan bermakna wanita kita terdedah dengan satu lagi risiko yang boleh merosakkan institusi keluarga," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Katanya, Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa perbuatan zina adalah haram.

 Justeru itu, Ameerah  mengambil pendirian yang tegas tidak bersetuju dengan pemansuhan syeksen 498.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya untuk tidak bersetuju dengan pemansuhan ini. 

"Selamatkan maruah wanita dan selar tindakan lelaki yang berani mengambil kesempatan terhadap wanita kita," tambah beliau.

Ulasan