Tindakan Kerajaan Lalu Jadi Sempadan


 KUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan yang lalu ketika di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) membina rumah tanpa ambil kira paras air pasang surut perlu dijadikan pengajaran.

Seorang penduduk tempatan, Baihaqy Harun, 35, berkata projek perumahan di Lembah Harapan, Seberang Takir hanya semata-samat ingin mengekalkan pengaruh parti tersebut tanpa memikirkan kesan dan akibat.

"Saya kecewa kerana kesan daripada itu yang menanggung akibatnya adalah penduduk lebih 100 penduduk di kawasan berkenaan.

"Jadi saya berharap kegagalan ini tidak diteruskan oleh kerajaan padda hari ini semata-mata untuk mengekalkan penguasaan untuk terus mentadbir negeri, sebaliknya perlu sentiasa mengkaji terlebih dahulu terhadap apa jua agenda pembangunan untuk mengelakan implikasi buruk kepada penduduk dan alam sekitar,” ujar beliau kesal.

Menurutnya, sebagai anak muda, beliau yakin dan percaya pentadbiran di bawah Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan sentiasa mengambil tindakan yang lebih baik dengan melakukan kajian terlebih dahulu terhadap pembangunan yang ingin dilaksanakan.


Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Halim Che Ibrahim berkata tidak sewajarnya ketegangan terhadap fenomena banjir berlaku kerana sudah setiap tahun terjadi akibat pembinaan rumah sambil lewa kerajaan sebelum ini.

"Penduduk digesa sentiasa bersedia kerana telah mengalaminya setiap tahun tambahan air pasang surut tidak berlarutan.

"Pada kebiasaanya hanya berlaku dalam masa satu hingga 2 jam sahaja,jadi diminta supaya bersabar dan berpindah ke PPS dengan kadar segera apabila diarahkan," ujar beliau

Sehubungan itu, Halim berharap agar PPS Lembah Harapan sentiasa dibuka.

"Walaupun air pasang telah surut jangan ditutup begitu sahaja dalam keadaan hujan lebat masih berterusan dan perlu juga berpandukan ramalan kaji cuaca supaya apabila berlakunya banjir, penduduk boleh segera ke PPS," tegasnya



Ulasan