Perkasa Kebajikan Muslimat Muda


Oleh ; Rohayati Ripin 


KUALA TERENGGANU - Muslimat Muda PAS Terengganu berusaha dengan gigih memperkasakan Ameerah dengan memperbanyakkan program kebajikan di negeri ini.


Ketua Ameerah, Asma Abdullah berkata, pelbagai inisiatif sosial dijalankan demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.


"Insya Allah Ameerah bersama Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT) akan melaksanakan arahan umum serta arahan khusus terutama memperkasakan muslimat muda dalam hal kebajikan," jelasnya.



Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini, mengulas mengenai pembentangan dalam program Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS Muktamar Tahunan ke 69 pada Sabtu lepas.


Menurutnya, antara aktiviti kebajikan yang dibuat melalui ziarah kematian, bersalin, hari lahir, sakit dan bencana samaada masyarakat serta ahli Ameerah.


"Selari dengan tanggungjawab kami melalui unit Ameerah Care Ameerah sentiasa menjalankan amanah ini di semua peringkat.


"Dan akan lebih proaktif dalam mengisi kemenangan ini," tambah beliau lagi.

Ulasan