Hujjah yang panjang diakhiri hanya dengan penangguhan keputusan |
Kuala Terengganu, 15 Jan - Setelah mendengar penghujjahan yang panjang diantara Peguambela dan Pendakwaraya, Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Terengganu menangguhkan keputusan permohonan ikat jamin Muhammad Azman Aziz, 21, dan Suwandi Ab Ghani, 38, kepada 20 Januari ini.
Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim membuat mengumunkan keputusan pengangguhan itu kira-kira jam 7.40 malam. Peuambela-penguambela kepada Suwandi dan Azman adalah terdiri dari Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong, Mohamed Hanipa Maidin dan Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwa diketuai sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Perbicaraan semalam bermula aak lewat pada jam 10.38 pagi berikutan mahkamah yang sama pada 6 Januari lalu menunda permohonan, dengan membenarkan pihak pemohon untuk mengemukakan afidavit pembetulan ekoran bantahan Abdul Gani terhadap afidavit pemohon yang terdapat beberapa kesilapan yang dianggap Ghani sebagai afidavit cacat dan sangat lemah.
Semalam, Abdul Gani sekali lagi membuat bantahan awal terhadap afidavit berkenaan kerana baginya masih terdapat beberapa perkara yang tidak lengkap, termasuk tandatangan yang tidak dimasukkan di dalam afidavit itu. Sehubungan itu, beliau berhujah selama 35 minit berakhir pada jam 11.15 pagi memohon mahkamah menolak afidavit berkenaan.
Kemudian pada jam 11.07 pagi, Mohamed Hanipa memulakan hujjah diikuti oleh Wan Abdul Muttalib pada 11.20 pagi, seterusnya Abdul Gani sekali lagi berhujah sebelum Hakim menangguhkan sidang.
Perbicaraan disambung semula pada jam 12.34 tengah hari, Ahmad Zaidi membuat penjelasan selama 10 minit dengan membenarkan bantahan Abd Ghani dan menolak affidavit yang dikemukakan.
Setelah affidavit ditolak, pada jam 12.42 tengah hari, Hanipa Maidin mengemukakan notis ‘Usul Untuk Pemohon Diberi Kebenaran Untuk Dibebaskan Dengan Jaminan Sementara’ kepada Azman dan Suwandi, sebelum mahkamah menangguhkan perbicaraan kira-kira jam 1.30 petang.
Sidang sessi petang dimulakan untuk mendengar hujjah-hujjah bagi ‘Usul Untuk Pemohon Diberi Kebenaran Untuk Dibebaskan Dengan Jaminan Sementara’. Penghujjahan dimulakan oleh Peguam Wan Zainuddin pada jam 3.11 petang, diikuti Wan Abdul Muttalib pada 3.19 petang. Abdul Gani pula mula berhujah pada jam 4.20 petang sebelum Ahmad Zaidi menangguhkan perbicaraan pada jam 5.40 petang atas pemintaan Hanipa bagi menunaikan solat Asar.
Abdul Gani seterusnya menyambung hujah pada jam 6.17 petang, diikuti Hanipa pada 6.42 petang dan Wan Abdul Muttalib pada 7.07 petang, diikuti sekali lagi Abdul Gani pada jam 7.25 malam.
Tepat jam 7.40 malam, oleh kerana faktor masa dan kedua-dua belah pihak, pendakwaan dan pembelaan terlibat dengan perbicaraan kes yang sama di Mahkamah Sesyen pada 20 Januari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Zaidi menetapkan tarikh tersebut untuk membuat keputusan terhadap permohonan ikat jamin Azman dan Suwandi.
Rayuan Ikat Jamin Azman & Suwandi ditangguh lagi | |
Kuala Terengganu, 14 Jan – Setelah bersidang selama hampir 10 jam, dari jam 10.00 pagi sehingga jam 7.30 malam, Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Zaidi Ibrahim, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Terngganu, menangguhkan keputusan Rayuan Ikat Jamin, mangsa tembakan peluru hidup, Insiden Berdarah Batu Burok, Suwandi dan Azman kepada 20hb Januari, 2008
|
Ulasan