Tembelang Idris dan TADC Yang Sakit

Kuala Terengganu – Tembelang Bekas Menteri Besar Idris Jusoh disebalik slogan ‘Memahat Sejarah mencipta Tamadun’ hanyalah retorik semata-mata apabila buat kesekian kalinya hanya kegagalan demi kegagalan yang diraih dari projek-projek yang dilaksanakan di era pemerintahannya.

Selepas projek mega Taman Tamadun Islam (TTI) yang dilaporkan mengalami kerugian penyelenggaraan RM 284,000, heboh pula diperkatakan projek mega Pertandingan Antarabangsa Perahu Layar Piala Monsun tidak akan diadakan pada tahun ini,


Menteri Besar kini, Dato’ Ahmad Said memikul beban segala ‘program hebat’ Idris dan terpaksa menerima ‘celaan’ Ketua Audit Negara apabila Laporan Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Negeri Terengganu Tahun 2007 adalah ‘tidak memuaskan’.


Selain itu, dalam Laporan yang sama, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Hj Ambrin Buang mendedahkan sebenarnya pentadbiran Idris tidaklah hebat apabila syarikat ‘anak emas’ Idris, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) didapati menanggung kerugian berjumlah RM3.45 juta.


TADC yang telah menimbulkan keresahan kakitangan Jabatan Pertanian Terengganu sebelum ini kerana ‘membolot’ aktiviti pertanian ‘eksklusif’ Projek Fertigasi Mega, adalah anak syarikat kerajaan negeri dibawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).


Syarikat tersebut pada asalnya dikenali sebagai Terengganu Garam Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 31 Mei 1972, telah ditukar nama kepada Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. Pada bulan Februari 2006.


TADC bermula sebagai sebuah syarikat dengan modal saham biasa dibenarkan RM1 juta dan modal diterbitkan dan berbayar berjumlah RM0.50 juta telah menjadi syarikat besar dalam masa tidak sampai dua tahun menguruskan sembilan (9) syarikat anak (lihat jadual dibawah) dan mendapat pembiayaan tidak kurang dari RM110 juta pada tahun 2008 sahaja.

Anak Syarikat Tiada Penyata Kewangan

Semakan yang dibuat oleh Jabatan Ketua Audit Negara mendapati hanya 2 syarikat iaitu TRG Sutratani Sdn. Bhd dan TRG Cell Sdn. Bhd. yang mempunyai penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 seperti berikut:


1. TRG Sutratani Sdn. Bhd.

Syarikat TRG Sutratani Sdn. Bhd. (TRG Sutratani) adalah usaha sama Syarikat dengan JPB Asia Passific Sdn. Bhd. (JPB) di mana pegangan saham Syarikat adalah 51% manakala baki 49% dipegang oleh JPB. Aktiviti utama TRG Sutratani adalah menjalankan perniagaan berasaskan pertanian dan produk-produk pertanian. TRG Sutratani menjalankan tanaman sayur-sayuran menggunakan teknik rumah kaca di Kampung Telaga Papan, Setiu.
Mengikut penyata kewangan berakhir 31 Disember 2007, TRG Sutratani mengalami kerugian sebanyak RM186,592 bagi tahun semasa. Pada tahun 2007, Syarikat telah memberi pinjaman sejumlah RM0.21 juta kepada TRG Sutratani untuk belanja mengurus dan bayaran elaun peserta projek.


2. TRG Cell Sdn. Bhd.

Syarikat TRG Cell Sdn. Bhd. (TRG Cell) adalah usaha sama Syarikat dengan Cell Aquaculture Ltd. (Australia) di mana pegangan saham Syarikat adalah 70% manakala baki 30% dipegang oleh Cell Aquaculture Ltd. Aktiviti TRG Cell adalah menjalankan projek akuakultur menggunakan konsep Recirculating Aquaculture System (RAS) di Tanjung Demong, Besut. Mengikut penyata kewangan berakhir 31 Disember 2007, TRG Cell telah mengalami kerugian sebanyak RM525,135 bagi tahun semasa.


Pada tahun 2007, Syarikat telah memberi pinjaman sejumlah RM4.26 juta kepada TRG Cell untuk belanja mengurus dan modal kerja. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati tidak ada perjanjian ditandatangani antara kedua-dua pihak. Adalah disarankan satu perjanjian yang formal disediakan bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak memandangkan pinjaman ini melibatkan jumlah yang besar.

Analisis Kewangan

Justeru pihak Audit telah memeriksa kedudukan kewangan TADC (rujuk laporan dilampirkan) bagi tahun 2006 dan 2007 dan mendapati pada akhir tahun 2007, TADC mempunyai aset semasa berjumlah RM14.80 juta berbanding RM20.77 juta pada tahun 2006. Manakala liabiliti semasa pada tahun 2007 berjumlah RM18.65 juta berbanding RM24.11 juta pada tahun 2006.


Ini bermakna pada tahun 2007 TADC mempunyai nisbah semasa 0.79:1 berbanding 0.86:1 pada tahun 2006. Nisbah di atas menunjukkan margin setinggi 0.79 dan 0.86 kali menggambarkan pengurusan TADC menghadapi masalah untuk membuat bayaran terhadap bil tuntutan dalam masa yang ditetapkan.


Pada akhir tahun 2007 juga, TADC mempunyai aset berjumlah RM15.90 juta berbanding RM20.78 juta pada tahun 2006. Manakala liabiliti berjumlah RM18.85 juta berbanding RM24.11 juta pada tahun 2006. Dengan membandingkan jumlah hutang ke atas jumlah aset pada akhir tahun 2007, nisbah hutang Syarikat adalah 1.19:1 iaitu lebih tinggi berbanding 1.16:1 pada tahun 2006.

Peningkatan nisbah ini menunjukkan jumlah hutang yang diambil oleh syarikat berbanding asetnya semakin

bertambah. Daripada semakan Audit juga mendapati jumlah hutang jangka pendek TADC adalah sangat tinggi iaitu sejumlah RM18.65 juta atau 98.9% dari jumlah keseluruhan hutang manakala aset tetap bersihnya setakat 31 Disember 2007 iaitu RM14.80 juta atau 93.7% daripada keseluruhan jumlah aset TADC.

Ini menunjukkan kemampuan TADC untuk membayar hutang adalah tidak memuaskan memandangkan jumlah keseluruhan aset TADC tidak mampu menampung liabiliti.


Begitu juga pada akhir tahun 2007, TADC mempunyai untung bersih berjumlah RM0.38 juta berbanding RM0.06 juta pada tahun 2006. Manakala asetnya berjumlah RM15.90 juta berbanding RM20.77 juta pada tahun 2006. Berdasarkan kepada kiraan nisbah berkenaan, setiap ringgit aset yang digunakan, pada tahun 2007 TADC memperoleh hasil keuntungan sejumlah 0.02 sen berbanding 0.00 sen pada tahun 2006.

Justeru pada pandangan Audit, TADC perlu mengurus asetnya dengan lebih cekap lagi supaya mendapat pulangan yang maksimum.


Pada tahun yang sama, TADC mempunyai saham berbayar berjumlah RM0.50 juta berbanding RM0.50 juta pada tahun 2006. Manakala asetnya berjumlah RM15.90 juta berbanding RM20.78 juta pada tahun 2006. Manakala jumlah liabiliti TADC pada tahun 2007 berjumlah RM18.85 juta berbanding RM24.11 juta pada tahun 2006.

Berdasarkan kiraan nisbah berkenaan, NTA bagi TADC untuk tahun 2007 adalah bernilai (RM5.90) sesaham berbanding RM6.67 sesaham pada tahun 2006.

Pada pandangan Audit, kedudukan TADC adalah tidak memuaskan kerana mempunyai nisbah yang negatif.


Akhir tahun 2007 juga, TADC mempunyai untung sebelum cukai berjumlah RM0.39 juta berbanding RM0.06 juta pada tahun 2006. Pada tahun 2007 pendapatan Syarikat berjumlah RM30.06 juta berbanding RM3.52 juta pada tahun 2006. Berdasarkan kiraan Audit, margin keuntungan Syarikat sebelum cukai setakat 31 Disember 2007 ialah 1 sen berbanding 2 sen pada tahun 2006 bagi setiap ringgit hasil yang dikutip.

Ini menunjukkan secara keseluruhan margin keuntungan TADC untuk tahun 2007 dan 2006 adalah pada kadar yang minimum dan perlahan.

Ekonomi ‘Pak Pandir’, kerajaan pusat ‘kecek’ rakyat

Dungun - Penurunan harga runcit minyak hanya 10 sen seliter semalam, adalah umpama ekonomi ‘Pak Pandir’, yang bertujuan untuk ‘menggula-gula’kan rakyat.

“Sewaktu menaikkan harga mendadak sehingga 78 sen dulu, kerajaan kata sebab harga minyak dunia naik, sekarang harga sudah turun, lebih rendah dari harga semasa kerajaan naikkan sehingga 78 sen dulu,”kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli

“Tapi harga runcit minyak di Malaysia hanya turun 25 sen, sebelum Pilihanraya Permatang Pauh 15 sen, nak sambut Eidul Fitri 10 sen,

“kerajaan naikkan 78 sen, turunkan 25 sen, kerajaan masih ada untung 53 sen, itu namanya ekonomi ‘Pak Pandir,”jelas beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun ketika di hubungi Buletinonline semalam.

Beliau berkata sewaktu menaikkan harga minyak pada 4 Jun lalu, harga minyak mentah di pasaran dunia adalah USD130 setong, sekarang harga sudah menjunam kepada kurang dari USD109 setong.

Dalam mengulas perkara berkaitan, ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata penurunan minyak 10 sen seliter semalam hanyalah satu tindakan kerajaan pusat untuk ‘kecek’ rakyat.


”Sekiranya payah untuk kembali kepada jarga asal, sekurang-kurangnya hanrga minyak turun sehingga 50 sen seliter,”ujar beliau.

Beliau berkata penurunan keseluruhan sehingga 25 sen seliter itu tidak mampu menurunkan harga barang, namun sekiranya turun sehingga 50 sen keatas, harga barangan akan turun.

”Semasa menurunkan 15 sen dulu, PM minta peniaga turunkan harga barang, tapi tak turun, saya pasti selepas ini barang akan terus meningkat kerana inflasi naik sehingga 8.5%,

“Kecuali (harga) minyak turun 50 sen lebih (harga barang akan turun),”jelas beliau.

Ulasan