Hari Keluarga & Sukaneka UPU Pengakalan Aur DUN Changkat Jering


Pembebasan Tahanan ISA; Permainan Politik Najib Meraih Undi Menjelang 7 April.

Bukit Gantang – Janji Perdana Menteri yang baru, mengisytiharkan pembebasan tahanan ISA adalah untuk meraih simpati pengundi menjelang hari pengundian pilihanraya kecil Bukit Gantang pada Selasa ini, 7 April.

Pengarah Pilihanraya PAS Dato’ Mustafa Ali berkata ia adalah permainan politik Dato’ Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Markaz Operasi PRK Bukit Gantang, Air Kuning, pagi tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah berkesempatan mengunjungi Kem Tahanan Kamunting tengahari ini.

Beliau kesana untuk bersama-sama ahli keluarga dan sanak saudara tahanan yang menunggu pembebasan tersebut sejak semalam.

Namun para tahanan yang dijanjikan pembebasan itu, sehingga tengahari ini, masih belum dibebaskan lagi.

“Saya dalam perjalanan dari Kem Tahanan tadi, bersama-sama dengan keluarga tahanan, yang ayah-ayah mereka dan suami-suami mereka yang dijanjikan oleh Perdana Menteri semalam, tapi malangnya merek masih belum dibebaskan sehingga hari ini,”katanya ketika berucap pada majlis Hari Keluarga dan Sukaneka UPU Pengkalan Aur dekat sini.

Katanya beliau mengambil kesempatan berbicara dan memohon para pegawai Kem tersebut supaya membebaskan para tahanan itu.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya keluarga dan isteri-isteri tahanan yang teraniya telah datang dari jauh, dari serata pelusuk tanahair sejak petang semalam ataupun pagi tadi untuk melihat suami atau anak-anak mereka yang telah dizalimi.

Mengulas perkembangan pilihanraya kecil Bukit Gantang, beliau berkata pilihanraya kecil ini adalah perlawanan antara ‘hak’ dan ‘batil’.

“P.059 ini adalah satu pertarungan yang hebat diantara hak dan batil. ‘Hak’ diwakili oleh Pakatan Rakyat dan ‘Batil’ diwakili oleh UMNO dan Barisan Nasional,

“kita telah 51 tahun dibawah kebatilan UMNO dan kemuncak kebatilan mereka adalah merampas hak rakyat,”jelasnya.


Ulasan