-Tiga Bulan Berlalu, Projek SK Kompleks Tembesu, Beku!
KUALA NERUS – Pembangunan Projek Pendidikan Bagi Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu di Kampung Tok Jiring dekat sini sudah mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah.
Sudah tiga bulan berlalu, namun kontraktor yang membina sekolah tersebut hanya mampu menyodok tanah dan mendirikan pejabat tapak sahaja.
Dari maklumat yang terdapat pada papan tanda projek tersebut, tarikh mula kerja-kerja bangunan adalah pada 19 Oktober lalu.
Namun, bukan struktur bangunan yang kelihatan, sebatang besi pun tidak ada di tapak pembinaan.
Projek yang bernilai RM23 juta itu telah dianugerahkan oleh Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada syarikat MZ Hakujaya pada 30 September, 2009.
Projek yang dikategorikan sebagai projek OKU (Orang Kuat Umno) itu dilihat berpotensi menjadi antara projek-projek yang bermasalah pada masa akan datang.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Zakaria Dagang berkata, kementerian pendidikan wajar mengkaji semula perlaksanaan projek tersebut.
Menurutnya, tahun 2009 telah menjadi sejarah kepada negeri Terengganu kerana peristiwa bangunan dan binaan kerajaan yang runtuh.
”Saya menggesa supaya pihak kementerian pendidikan mengkaji semula pemberian kontrak tersebut yang sudah boleh dikategorikan sebagai ‘delay project’,
”sudah tiga bulan, sebatang besi pun tak nampak,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.
Menurutnya, Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada 24 November, 2009 menyatakan projek yang lewat dua bulan dikategori sebagai 'projek sakit'.
Manakala Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi pula begitu lantang, menyuarakan masalah-masalah projek Kementerian Pendidikan yang sakit.
Justeru, Zakaria berkata, adalah ‘terlalu wajar’ sekiranya kontrak pembinaan Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu di batalkan dan di serahkan kepada orang lain.
”Sebelum nasi menjadi bubur, pelajar mungkin menjadi mangsa akibat pembinaan sekolah yang ‘sakit’ itu, lebih baik ambil langkah pencegahan,”katanya.

Ulasan