Pembukaan Semula Kuari Bukit Berapit, Menyukarkan Kehidupan Penduduk Sekitar.

Tepoh, KUALA NERUS – Kerja-kerja perlombongan batu-batan (kuari) pernah diusahakan oleh sebuah syarikat, di kawasan Bukit Berapit yang terletak berdekatan dengan Kuari Bukit Jong, disini, sekitar 20 tahun lalu.

”Kuari tersebut ditutup kerana ia tidak sesuai dan mendapat bantahan dari penduduk ketika itu,”kata Ahmad (bukan nama sebenar), seorang pekerja industri batik tempatan.

Menurutnya, usaha membuka semula kuari tersebut oleh pihak tertentu sejak tiga bulan lalu, kini menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan penempatan berhampiran.

Seorang peniaga mengadu, walaupun syarikat yang melaksanakan kerja-kerja pemindahan tanah itu sentiasa menjirus air menggunakan lori, namun cuaca panas menyebabkan debu naik semula ke udara.

Beliau terpaksa membersihkan kedainya beberapa kali sehari, membuang habuk-habuk yang melekat pada barang-barang jualannya.

Manakala seorang warga emas mendakwa, anaknya terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit, akibat maklumat ‘salah’ yang diberi pihak berkuasa tanah kerajaan negeri Terengganu.

”Dia beli tanah, pinjam duit ratus ribu sebab kerajaan kata kuari itu tak akan dibuka, tiba-tiba kini, kuari tersebut dibuka,

”pengusaha kuari tambun tanah, menjadikan tanah yang dibeli anak saya, jurang sedalam 20 kaki ke bawah,”katanya kepada Buletinonline.

Selain itu, kehidupan pekebun sayur-sayuran sekitar kawasan behampiran, menghadapi zaman gelap kerana aktiviti membuka semula kuari tersebut menyebabkan ‘alur’ punca bekalan air kepada kebun mereka terancam.

”kelodak dan enapan tanah turun dari bukit di mana aktiviti kuari sedang berjalan, menyebabkan alur semakin ‘tohor’,

”pembentung juga tersumbat, punca mata air pun tertutup, air tidak boleh dip am lagi bagi menyirami tanaman saya,”kata Yusof Awang, seorang pekebun yang telah mengusahakan ‘sawi’ sejak 15 tahun lalu.

Berkait masalah yang sama, penduduk sekitar telah beberapa kali membuat sekatan di atas jalan kampong yang kini menjadi ‘lebuhraya’ kepada ‘lori-lori hantu’.

”Mula-mula dua butir, kemudian ‘lori hantu’ itu ‘beranak’ jadi empat butir, kemudian 8 butir dan kini sudah, menjadi dua belas semuanya,

 
“kami bimbang keselamatan anak-anak kami, jalan kampong kecik dan ‘lori hantu’ tidak ada kelulusan, tidak ada apa-apa perlindungan, sekiranya berlaku kemalangan, siapa yang akan menaggung beban,”kata Awang, yang lebih popular dengan panggilan ‘Awang Cash’.

Selain itu menurutnya, jalan kampong tersebut akan rosak akibat laluan lori hantu yang kini menghantui kehidupan penduduk disitu.

[Tunggu laporan seterusnya secara lebih mendalam dari wartawan kami, sentiasa kembali ke Bultinonline untuk isu-isu semasa Terengganu ]

Ulasan