KEMAMAN - Dua tahun lalu, ketika mula menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said berikrar akan menyelesaikan masalah bantuan atap rumah di negeri ini.
Ungkapan serta janji-janji ‘manis’ tersebut dibuat pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar dengan Kakitangan Awam Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, 17 April 2008.
Beliau sebagai berkata kerajaan negeri akan segera mengeluarkan peruntukan RM200 ribu bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menggantikan atap-atap rumah yang bocor.
“Saya (Menteri Besar) merasa dukacita, melihat keadaan bila pendapatan kita (kerajaan) lebih sedikit, banyak projek-projek besar yang menjadi kebanggaan kita, tapi rakyat masih lagi duduk di rumah yang beratap bocor.
“Saya mahu lihat suatu ketika nanti, tiada lagi zink yang merah warnanya bukan merah sebab cat, tapi kerana berkarat dan saya telah arahkan wakil rakyat untuk pastikan rumah yang beratap bocor diganti.
“Tahun depan (2009) saya akan sediakan peruntukan lebih besar kerana saya mahulihat dalam tempoh saya diberi amanah sebagai Menteri Besar, tidak ada lagi rumah yang bocor di negeri Terengganu,” ujarnya.
Namun begitu, hakikatnya tidak berlaku penambah-baikan dari ‘wawasan’ tersebut meski pun peruntukan kini mencecah RM500 ribu setahun dan rakyat masih dibelenggu dengan masalah atap bocor.
Tinjauan mendapati masih ramai di kalangan rakyat di negeri ini tersisih serta dinafikan hak mendapat bantuan atap ‘biru’ yang disediakan oleh kerajaan.
Seorang penduduk Kampung Habib Mohsin Kuala Kemaman dekat sini, Saudara Ahmad Ariffin Mohamad, 39, saban hari mengeluh masalah atap rumahnya yang berlubang hampir 70 peratus.
(Gambar ; Ariffin menunjukkan atap rumahnya yang bocor (kiri bawah), gambar atas, sebuah rumah 'orang biru' di Pasir Gajah menerima bantuan atap biru)
Katanya, keadaan menjadi kelam kabut apabila tiba waktu hujan yang menyebabkan tidak ada lagi tempat kering dan selamat.
“Ini rumah peninggalan nenek yang menjadi tempat berteduh sejak lebih 30 tahun lalu dan hampir 70 peratus atap rumah bocor ditembusi cahaya matahari.
“Saya rasa pelik kenapa rumah orang lain boleh bantuan tetapi hak saya dinafikan untuk mendapat bantuan dan subsidi,” ujarnya
Beliau yang bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan tidak tetap tidak mampu untuk membaiki rumah yang dihuni bersama isteri serta empat anaknya.
Menurutnya, permohonan mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga tidak dilayan pihak berkenaan.
Ini kerana, kata beliau rumah papan yang didiami kini sekeluarga terlalu uzur serta menumpang di atas tanah orang.
Rakannya, Alwi Jusoh, 48, mendakwa pengagihan bantuan atap rumah tersebut hanya diutamakan kepada kroni terdekat dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sahaja.
Menurutnya, terdapat pihak-pihak tertentu yang pernah menerima bantuan atap biru tersebut melebih sekali.
“Saya ada bukti dan boleh tunjuk di mana rumah (pemilik) yang dapat bantuan atap biru kerajaan lebih dari sekali.
“Mereka (JKKK) hanya beri kepada kroni dan keluarga terdekat sahaja dan orang lain dinafikan hak meski pun layak,” ujarnya.
Katanya, terdapat penerima bantuan atap biru membuat pagar rumah pun dengan lebihan dari pemberian atap tersebut.

Ulasan